Surprise Untuk Alya : Pena Hijau

Surprise Untuk Alya

20200709 - myfamily 01
Alya Ziarah Aufa & Adib
9 Jul 2020
20200711 - travellog klcc part 1
Jalan-Jalan KLCC
11 Jul 2020
20200709 - myfamily 01
Alya Ziarah Aufa & Adib
9 Jul 2020
20200711 - travellog klcc part 1
Jalan-Jalan KLCC
11 Jul 2020
20200710 - travellog putrajaya
icon follow us

Lepas Solat Jumaat, Aku dan Adik bongsu aku, Zaim siap-siap untuk berangkat ke Putrajaya. Tapi sebelum tu aku hantar dulu bini aku balik ke Tawang. Tinggal Bumblebee aku kat sana. Adik ipar aku, Yana hantar Aku & Adik ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP – KBR). Laju jugak adik ipar Aku ni bawa kereta. Okay la tak macam perempuan lain bawa kereta. HaHaHa.. Terima kasih….

Actually, Alya tak tahu Abi dia nak datang ke Putrajaya petang ni. Dia hanya tahu Aku nak pergi esok, hari Sabtu. Dengar cerita dari pagi tadi duk senyap.. merindui Abi & Ibu dia… So, Aku plan dengan Adik aku kat sana, Cikgu Syafiq nak buat kejutan untuk Alya. Sampai di airport, ada dua orang polis duk mengawal di pintu masuk untuk ambil suhu setiap pelawat airport. Wajib pakai facemask kalau nak masuk. Selesai check in beg, terus tunggu di balai pelepasan. Rasa rugi pulak ambil luggage. Dulu masa booking tiket, ada video viral dalam Facebook pasal sorang wanita mengadu bag dah tak boleh buat naik atas kapal terbang AirAsia disebabkan polisi baru AirAsia berkenaan COVID-19. Semua kena masuk cargo. Last-last bila tanya staff AirAsia dekat kaunter Check In Beg, diorang cakap sekarang dah bleh buat naik beg macam biasa yang kurang daripada 7Kg. Hangus RM40 lebih. Hahaha…

Sampai di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), norma baharu masa nak keluar dari kapal. Anak kapal buat announcement minta semua orang dalam kapal bersabar dan terus duduk. Diorang minta keluar secara bergilir-gilir ikut tempat tempat duduk. 3 baris keluar dahulu. Tunggu 30 saat baru 3 baris lagi keluar. Mujur la aku duduk di seat 10D. Mana yang duduk kat belakang tu.. kena la bersabar.. 😀

Keluar dari kapal, solat Asar sekejap.. terus aku ke kaunter ERL beli dua tiket ke Putrajaya Sentral. Sampai di Putrajaya Sentral, sengaja aku tak nak adik aku datang ambik kat sana. Nanti kantoi pulak dengan Alya. Naik grab ke Perumahan Penjawat Awam di Presint 14.

20200710 - myfamily 01

Sampai depan pintu rumah, Aku buat video call dengan Cikgu Syafiq. Cakap dengan Alya. Alya tanya aku kat mana. Dia ingatkan aku keluar dengan Ibu dia..

Alya : Abi.. Abi boleh ko dok mari esok?
Aku : Boleh.. bakpo? Ko nak Abi mari hari ni?
Alya : NAKKK!!
Cikgu Syafiq : Nak Ayah Teh wak jampi dok?

Dengan gayanya.. Ayah Teh… HUKKKK!!!

20200710 - myfamily 02

Cikgu Syafiq : Gi buka pintu.. Gi lah buka pintu.. Habis dah kuasa Ayah Teh
Alya : Tipuuuuuuu

Bila Oppa buka pintu, nampak Abi dia kat luar dengan Ayah Su dia.. terus tak terkata…

20200710 - myfamily 03

20200710 - myfamily 04

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Surprise Untuk Alya
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more