Contohi Pengorbanan Siti Hajar R.A. : Pena Hijau
Orang Yang Tak Ambil Peduli Soal Adik Beradik, Hidupnya Tidak Ada Keberkatan
Orang Yang Tak Ambil Peduli Soal Adik Beradik, Hidupnya Tidak Ada Keberkatan
3 Jul 2020
Hukum Membuang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Jiran..Awas! Jangan Ambil Mudah Perkara
Hukum Membuang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Jiran..Awas! Jangan Ambil Mudah Perkara
4 Jul 2020
Orang Yang Tak Ambil Peduli Soal Adik Beradik, Hidupnya Tidak Ada Keberkatan
Orang Yang Tak Ambil Peduli Soal Adik Beradik, Hidupnya Tidak Ada Keberkatan
3 Jul 2020
Hukum Membuang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Jiran..Awas! Jangan Ambil Mudah Perkara
Hukum Membuang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Jiran..Awas! Jangan Ambil Mudah Perkara
4 Jul 2020
icon follow us

Ketika Siti Hajar r.a ditinggalkan bersama anaknya Nabi Ismail a.s di padang pasir yang kontang,  doa Nabi Ibrahim a.s telah menguatkan dirinya untuk terus bertahan.  Siti Hajar menerima keputusan suaminya dengan berlapang dada, bersangka baik dan meletakkan kebergantungan penuh kepada Allah SWT.

Siti Hajar r.a asalnya seorang khadam kepada Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti Sarah r.a. Siti Hajar adalah seorang dayang hadiah daripada Raja Mesir. Siti Hajar yang berasal dari Qibti, Mesir itu kemudian mengikut tuannya berpindah ke Palestin.  Beliau seorang yang baik, rajin dan ikhlas berbakti kepada Siti Sarah. Akhlak yang mulia serta muamalah yang baik ini membuatkan Siti Sarah menghormati dan melayaninya seperti seorang kawan.

Nabi Ibrahim a.s lalu mengajak Siti Hajar r.a beriman kepada Allah SWT. Siti Hajar mengimani-Nya dan mengimani bahawa Nabi Ibrahim adalah pesuruh Allah. Setelah Siti Hajar berkahwin dengan Nabi Ibrahim dan mengandung, timbul sedikit cemburu di hati Siti Sarah.

Atas perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Siti Hajar r.a dan bayi yang baharu lahir iaitu Nabi Ismail a.s di padang pasir tandus di lembah yang dipanggil Mekkah. Setelah bekalan makanan terputus, Siti Hajar berlari-lari di antara Bukit Safa daripada Bukit Qubais hingga ke Bukit Marwa untuk mendapatkan air atau mencari bantuan daripada mana-mana kabilah atau puak yang lalu di kawasan itu.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Siti Hajar r.a melihat air keluar daripada tanah akibat hentakan kaki anaknya Ismail a.s yang sedang kuat menangis.  Akibat daripada peristiwa itu maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.  Air tersebut  digelar Zam-zam dan masih wujud sehingga kini.

Sifat keibuannya diuji sekali lagi tatkala turunnya perintah Allah SWT supaya Nabi Ibrahim a.s menyembelih anak kesayangannya.  Sesudah dia dan anaknya ditinggalkan untuk tempoh yang lama, kini apabila suaminya datang kembali, dengan arahan Allah yang perlu dituruti dan ditaati.

Ketika Siti Hajar r.a melihat suaminya Ibrahim a.s memimpin tangan anaknya untuk disembelih, datang  syaitan  menggoda  agar dia menghentikan penyembelihan itu. Siti Hajar cepat-cepat tersedar dan merejam syaitan dengan tujuh kali balingan sambil beristi’azah (meminta perlindungan daripada gangguan syaitan) dengan Allah SWT.

Begitu juga Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, mereka melakukan perkara yang sama. Bersempena dengan peristiwa itu, ia menjadi sebahagian daripada rukun ibadah Haji untuk melepar di tiga jamrah sebanyak tujuh kali.

Berkat ketaatan mereka sekeluarga, Allah SWT telah menggantikan Nabi Ismail a.s dengan kibas (kambing) yang telah disembelih sekali gus terangkatlah ujian terhadap mereka dan luluslah suatu ujian besar kepada keluarga Nabi Ibrahim a.s.  Haiwan sembelihan itu kemudian telah diagih-agih kepada penduduk sekitar Tanah Haram.

Alangkah manisnya kehidupan apabila melakukan ketaatan kepada Allah SWT.  Sepertimana firman-Nya di dalam al-Quran: “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa diduga.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Siti Hajar r.a sentiasa diuji sepanjang hidupnya. Beliau bukan sahaja diuji di dalam rumahnya dan diuji dengan suaminya tetapi juga diuji pada anaknya.  Pengorbanan Siti Hajar membuktikan betapa tingginya tahap keimanan dan kesabarannya.  Beliau adalah mukminah yang penyabar, tabah serta kental jiwanya.

Semoga wanita dan ibu di luar sana menghargai suami dan anak-anak.  Jadikan kisah pengorbanan Siti Hajar r.a untuk meningkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kepada Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Contohi Pengorbanan Siti Hajar R.A.
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more