Jangan Dengki Tengok Orang ‘LEBIH’, Hidup Kan Tak Pernah Sama : Pena Hijau

Jangan Dengki Tengok Orang ‘LEBIH’, Hidup Kan Tak Pernah Sama

Kepentingan hibah dalam keluarga
29 Jul 2020
Fenomena topeng muka
30 Jul 2020
Kepentingan hibah dalam keluarga
29 Jul 2020
Fenomena topeng muka
30 Jul 2020
Jangan Dengki Tengok Orang ‘LEBIH’, Hidup Kan Tak Pernah Sama
icon follow us

Jangan Dengki Tengok Orang ‘LEBIH’, Hidup Kan Tak Pernah Sama | Asal buka sosial media, tengok orang lebih mulalah hati berkata macam-macam timbul perasaan dengki.

Jalan di pasaraya pun begitu, ada saja tak kena orang lain di mata. Asal orang ada lebih rezekinya pun di kata juga.

Sudahnya, bagaimana mahu jadi tenang dan bahagia. Sebab itulah, kata Rosmarlina Binti Abd Gani ini, hidup setiap orang itu adalah pilihan sendiri. Nak jadi baik atau sebaliknya, sendiri jualah yang tentukan.

Pilihan di tangan anda. Setiap hari kita boleh memilih jalan hidup Kita sendiri. Contoh bangun pagi. Pilih untuk tidak marah-marah, masak sarapan dan buat bekal anak-anak dengan mood yang baik.

dengki

BACA JUGA: Benteng Diri Dari Hasad Dengki, Ustaz Ajar Amal Surah Al Muawwizat

Atau pilih untuk tidak sabar, marahkan anak, atau marahkan suami jika tidak menolong apa-apa. Pilih untuk rasa ceria atau senyap seribu bahasa. Semua ni akan mempengaruhi. Sabar untuk tahan marah jika anak lambat bangun atau lama sangat mandi.

Pilih untuk penatkan diri dengan exercise atau bersenang lenang. Pilih untuk masak simple atau gigih masak macam-macam. Pilih untuk tengok ceramah agama atau drama Korea, drama Melayu atau movie Marvel. Pilih untuk senyum atau tarik muka penat. Pilih untuk aktif socmed atau post hanya jika perlu.

Ingat jangan dengki tengok orang lebih dari kita, hidup tak pernah sama. Cerita untuk sampai ke puncak itu hanya tuan badan yang tahu. Pilih untuk rasa happy bila kawan-kawan share kegembiraan diorang.

Dalam kita tidak sedar ig story atau status FB kawan-kawan mewarnai hidup Kita. Pilih untuk scroll laju-laju kalau kurang berkenan.

Kita punye dark side dan bright side kita sendiri, kita punya pilihan untuk buat mana yang baik dan tak ikut kata hati yang tidak baik. Kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesalahan.

Jangan buka aib sendiri, aib kawan-kawan atau aib suami pada orang lain, simpan kemas-kemas.

Pilihan di tangan anda. Jadinya warnai setiap hari yg anda lalui itu supaya lebih bermakna.

Lagi satu bila dah makin ber umur kita akan penting kan rasa tenang tu, contoh maafkan ajalah sesiapa yg buat salah pada kita, tak payah nak rasa sentap sangat lama-lama, bila dah maafkan orang tu, automatik akan rasa best aja hari-hari, tenang ja hari-hari yang mendatang tu.

Itu jugak dikira pilihan kita untuk memaafkan atau tidak. Sebaik nya jadi lah seorang pemaaf.

Jaga siratulrahim buat baik pada mak ayah, adik beradik, sedara mara, ipar duai dan kawan-kawan bertanya khabar antara satu sama lain, Pilihan di tangan anda utk kekal positif dan mengeratkan ikatan kekeluargaan itu.

Ingat hari-hari jika rasa nak marah, ada punye pilihan utk cool tenang dan sabar, istighfar banyak-banyak.

Sesungguhnya nya semalam adalah sejarah , hari esok semua orang takkan tahu apa akan terjadi dan hari ini adalah hadiah, coraklah dan hargailah masa sekarang sebaik mungkin.

Salam dari Ros,
Osaka

Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jangan Dengki Tengok Orang ‘LEBIH’, Hidup Kan Tak Pernah Sama
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more