Manfaatkan dan hargai masa dengan baik : Pena Hijau
Sahabat sejati dalam hidup kita
19 Jul 2020
Ucapan-ucapan indah buat sahabat
21 Jul 2020
Sahabat sejati dalam hidup kita
19 Jul 2020
Ucapan-ucapan indah buat sahabat
21 Jul 2020
icon follow us

Menurut Kamus Dewan, edisi keempat: Masa bermaksud waktu, ketika, detik, saat, jam, tempoh, zaman, era. Jika masa berlalu, maka ia takkan menunggu kita.

Bak kata pepatah Arab ‘Masa itu ibarat emas, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.’ Pepatah ini amat releven dengan kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita haruslah menghargai setiap masa yang berlalu dengan perkara-perkara yang memberi faedah.

Satu hari mengandungi 24 jam, 60 minit, 60 saat. Satu minggu mengandungi 7 hari, satu bulan mengandungi 4 minggu, satu tahun mengandungi 12 bulan dan 360 hari. Marilah kita merenung, apakah amalan kebaikan yang kita buat selama ini dimanfaatkan atau disia-siakan?

Jika kita seorang ahli akademik, berapakah penulisan yang mampu dilakarkan sepanjang tahun? Adakah penulisan itu hanya untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama atau KPI sahaja? Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun, segala-galanya kembali kepada niat kita menggunakan masa.

Surah al-Asr menerangkan kepentingan masa: “Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Melainkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Mengapa masa sering dikaitkan dengan emas? Adakah nilai masa sama seperti emas? Betapa bernilainya masa jika kita gunakannya dengan baik. Nilai emas pula saban hari, makin meningkat. Begitulah nilai masa disamakan dengan nilai emas yang amat bernilai.

Emas sering dikaitkan dengan wanita, kerana ia merupakan perhiasan yang memberikan seri kepada si pemakainya. Namun, haram bagi lelaki memakainya kecuali dalam keadaan darurat.

Bagi seorang pelajar, perlulah menggunakan masa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran, membantu ibu dan bapa di rumah dan bersukan pada waktu lapang. Apabila masa digunakan dengan membahagi-bahagikannya untuk perkara-perkara yang berfaedah, kita akan dapat menikmati masa dengan sepuas-puasnya. Kita perlulah sedar, bahawa masa yang berlalu tidak akan menunggu kita. Tinggallah ia satu nostalgia indah jika dapat dimanfaatkan.

Seterusnya, golongan remaja sering diuji dengan masa. Ujian masa amat mencabar dalam kehidupan mereka. Namun, bagi mereka yang dapat mengawal emosi remaja sahaja dapat mengawal diri dari terpedaya dengan media sosial  dan permainan dalam talian. Setiap langkah dan gerak-geri kita perlulah dimulakan dengan niat yang baik. Maka, natijahnya akan menghasilkan perkara yang diredai Allah Taala.

Manakala dunia teknologi masa kini kian mencabar dan menduga remaja, golongan dewasa juga sering alpa dengan peredaran dan kemajuan teknologi. Media sosial yang berada di hujung jari kita, kadangkala penyebab fitnah melalaikan. Masa amat mencemburui kita, bahkan kita boleh duduk dihadapan Facebook, Instragram, WhatsApp atau Twitter dengan berjam-jam lamanya sehingga asyik dengan berita-berita di dada media sosial tersebut.

Tanpa kita sedari masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Alangkah indahnya jika masa yang dihabiskan itu dimanfaatkan dengan membaca al-Quran dan meneliti maknanya. Indahnya juga memanfaatkan media sosial dengan kebaikan seperti mendengar ceramah dan tazkirah serta perbincangan ilmiah. Subhanallah, amat sukar untuk dipraktikkan. Namun, perubahan demi perubahan perlu dibuat agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

Hari berlalu hari, siang berganti malam, marilah kita bermuhasabah dan mengkoreksi diri dengan memastikan setiap saat yang kita miliki dapat dimanfaatkan dengan baik. Kita perlulah bijak menggunakan masa yang ada. Mudah-mudahan kita dapat mengatur masa dengan baik, disamping kita memohon inayat dari Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] untuk kita mencipta kecemerlangan hidup di dunia lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. Begitu juga masa hendaklah diurus dengan sebaik-baiknya seperti pesanan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya (yang bermaksud) […]

Leave a Reply

Manfaatkan dan hargai masa dengan baik
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more