Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah : Pena Hijau

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik
Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik
2 Jul 2020
Contohi Pengorbanan Siti Hajar R.A.
3 Jul 2020
Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik
Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik
2 Jul 2020
Contohi Pengorbanan Siti Hajar R.A.
3 Jul 2020
icon follow us

Salam hari Jumaat semua..  Alangkah beruntungnya jika kita menjadi Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah. Siapakah Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah? Mari baca hadith di bawah ini

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي
Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, “Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'”(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:
1.  Saling mengasihi kerana Allah
2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah
3.  Saling menziarahi kerana Allah
4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah
5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah
Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain. Ambillah kesempatan di bulan Syawal untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah.
Sumber: Telegram 1 hari 1

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more