Punca Utama Wanita Curang, Suami Jangan Ego Fahami Mengapa Rumahtangga Bermasalah : Pena Hijau

Punca Utama Wanita Curang, Suami Jangan Ego Fahami Mengapa Rumahtangga Bermasalah

Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!
Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!
26 Jul 2020
Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
28 Jul 2020

icon follow us

Punca Utama Wanita Curang, Suami Jangan Ego Fahami Mengapa Rumahtangga Bermasalah | Seperti yang sedia maklum, kes curang banyak melibatkan kaum lelaki terutama di negara kita Malaysia.

Walaubagaimanapun, kes curang bukan hanya melibatkan kaum lelaki tetapi wanita juga turut menyumbang peningkatan kes curang di Malaysia.

Cumanya kes wanita curang jarang didengar kerana wanita terlalu ‘cerdik’ menyembunyikan kisah kecurangan mereka berbanding lelaki yang mudah ‘kantoi’.

1. Kurang perhatian daripada pasangan
– Wanita sememangnya memerlukan perhatian yang lebih daripada pasangannya terutama ketika sakit. Lelaki yang tidak ambil perhatian kepada pasangannya menyebabkan wanita berkenaan rasa kurang di hargai dan mudah jatuh hati kepada lelaki lain yang pandai memberi perhatian kepadanya.

wanita curang

BACA JUGA: 11 Sebab Kenapa Suami Curang Ketika Isteri Berpantang

2. Tiada persefahaman
– Sering kali bergaduh disebabkan masalah yang kecil yang akhirnya membuat si wanita tertekan dan mencari keseronokkan sendiri.

3. Kurang berkomunikasi
– Lelaki yang sangat sibuk dengan urusan kerja sehingga pasangan mereka tidak ada waktu untuk bercerita masalah atau berkongsi masalah dan akhirnya wanita tersebut menceritakan masalahnya kepada kawan lelaki yang lama kelamaan menimbulkan perasaan di antara mereka.

4. Lebih utamakan kawan
– Ada segelintir lelaki yang lebih mengutamakan kawan mereka sendiri berbanding pasangannya menyebabkan wanita bosan dan akhirnya mencari lelaki lain untuk mengisi kesunyian hatinya.

5. Terjumpa kekasih lama
– Sama ada terserempak atau terjumpa dalam sesuatu majlis atau bekerja di tempat yang sama kadang boleh menyebabkan wujudnya semula perasaan di antara mereka.

BACA JUGA: Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kita (Dalam Islam)

6. Masalah kewangan
– Bagi mereka yang dah berkahwin, pastinya masalah kewangan merupakan faktor utama pertengkaran dan pergaduhan suami isteri. Isteri yang bosan akan mengadu kepada kawan lelaki mereka dan akhirnya timbul simpati dari pihak kawan lelaki tersebut.

7. Duduk berjauhan
– Hubungan jarak jauh memerlukan kesabaran, kepercayaan dan kesetiaan yang tinggi. Tidak ramai yang mampu duduk berjauhan untuk tempoh yang lama. Kesunyian dan kebosanan yang lama menyebabkan wanita mencari lelaki lain yang boleh menemaninya dan menghilangkan kesunyian di hatinya.

Dan sebenarnya masih banyak lagi punca-punca yang boleh dijadikan faktor wanita curang di negara ini. Cumanya diharapkan agar setiap pasangan boleh memperbaiki hubungan yang ada agar kes kecurangan tidak lagi berlaku.

BACA JUGA: Larangan Merampas Suami Atau Isteri Orang

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Punca Utama Wanita Curang, Suami Jangan Ego Fahami Mengapa Rumahtangga Bermasalah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more