Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah! : Pena Hijau

Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!

Inilah Cara Mencari Rezeki Yang Hilang, Bukan Merungut Dan Bersangka Buruk Dengan Allah!
Inilah Cara Mencari Rezeki Yang Hilang, Bukan Merungut Dan Bersangka Buruk Dengan Allah!
27 Jul 2020
Cabaran mendepani permainan dalam talian remaja masa kini
28 Jul 2020
Inilah Cara Mencari Rezeki Yang Hilang, Bukan Merungut Dan Bersangka Buruk Dengan Allah!
Inilah Cara Mencari Rezeki Yang Hilang, Bukan Merungut Dan Bersangka Buruk Dengan Allah!
27 Jul 2020
Cabaran mendepani permainan dalam talian remaja masa kini
28 Jul 2020
Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
icon follow us

Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah! | Kebanyakan kaum perempuan sememangnya rambang mata dan amat suka dengan gelang atau rantai emas yang semakin hari semakin banyak dijual di pasaran.

Lebih-lebih lagi bermacam rekaan terbaru yang diiklankan di merata media sosial lalu teringin nak trade in emas.

Apatah lagi kalau dihidangkan dengan rekaan emas terkini seperti tali kapal, ekor kucing, jagung, pulut dakap dan berbagai lagi sehingga ramai kaum wanita ingin mendapatkannya serta sanggup trade in emas yang dipakai.

Biasanya, transaksi trade in emas lama kepada emas baru sekiranya harga barang kemas tersebut lebih daripada barang yang di trade in, kita akan tambah saja. Namun, dalam Islam cara trade in emas ini mengikut hukum adalah haram kerana ada unsur riba.

Perkara ini jelas telah diterangkan melalui Hadis Riwayat Muslim yang mana Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa salam telah bersabda berbunyi begini :

فَمَنْ زَادَ، أَوِ اسْتَزَادَ، فَقَدْ أَرْبَى، الْآخِذُ وَالْمُعْطِي فِيهِ سَوَاءٌ.

“Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa riba”

Bagaimana cara untuk mengelak daripada terjebak atau terjadinya unsur riba ketika nak trade in emas lama kepada emas baru supaya tidak menjadi dosa atau haram dalam Islam?

Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Marzuki, cara untuk elakkan daripada terjadinya unsur riba ketika membuat transaksi trade in emas lama dan emas baru yang biasanya harga yang baru lebih mahal adalah dengan cara : Si pembeli atau diri kita harus menjual emas miliknya dulu, kemudian barulah diambil duit hasil daripada jualan emas tersebut. Kemudian, si pembeli membeli barang kemas yang baru berkenaan.

Dengan cara yang dibuat di atas adalah hasil daripada apa yang telah diajarkan kepada seluruh umat Islam di dunia oleh Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa salam iaitu :

عن أبي سَعِيدٍ الخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «مِنْ أَيْنَ هَذَا؟»، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ».

“Daripada Abi sa’id Al-Khudri Ra berkata ; Bilal datang kepada Nabi saw dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya ; dari manakah tamar ini ?. Bilal menjawab : kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw. Lalu Nabi saw bersabda pada saat itu ; aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini. akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan penjualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil penjualanmu itu”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada perkara yang anda wajib tahu tentang emas kerana ia termasuk dalam kategori barang ribawi atau unsur riba. Barang ribawi adalah benda yang boleh berlaku riba pada transaksi pertukaran atau jual beli.

Ada tiga syarat yang wajib semua orang Islam patuhi sekiranya ingin membuat pertukaran emas dengan emas supaya ia tidak berlakunya riba atau syubhah iaitu :

  1. Mesti sama berat timbanganya.
  2. Mesti secara tunai, Tidak boleh secara berhutang.
  3. Diserahkan dan diterima dalam satu masa(Lani), maka tidak dibenarkan menangguh masa penyerahan.

Perkara ini juga telah diterangkan secara jelas melalui hadis berikut yang wajib kita ketahui iaitu :

الذَّهبُ بالذَّهبِ والفضَّةُ بالفِضَّةِ والبُرُّ بالبُرِّ والشعِيرُ بالشعِيرِ والتمْرُ بالتمْرِ والمِلحُ بالمِلحِ مِثْلًا بِمِثْلٍ سوَاءً بِسَواءٍ يدًا بِيَدٍ، فإذَا اخْتَلَفَت هذهِ الأصْنَافُ ، فبيعوا كيفَ شئْتُمْ ، إذَا كانَ يدًا بِيَدٍ.

Maksudnya : “(Penjualan/pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku secara lani (serahan tangan ke tangan).”

HR Muslim:1587

Sekarang barulah kita tahu, haram trade ini emas dan tambah duit trade in beli emas baru. Hukumnya haram ada syubhah iaitu riba.

Kalau nak beli emas baru, kena jual dulu emas lama dan pegang duit dulu duit emas yang telah dijual itu tadi dan baru boleh beli emas yang baru.

Hukum jadi haram jika trade in emas ambil emas baru tambah duit, sebabnya ada unsur riba di situ. Ingat ya! Emas perlulah dijual terlebih dahulu sebelum trade in.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more