Ucapan-ucapan indah buat sahabat : Pena Hijau
Manfaatkan dan hargai masa dengan baik
20 Jul 2020
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, taikun perniagaan Muslim
22 Jul 2020
Manfaatkan dan hargai masa dengan baik
20 Jul 2020
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, taikun perniagaan Muslim
22 Jul 2020
icon follow us

Persahabatan adalah sebaik-baik hubungan yang dimiliki dalam kehidupan seseorang. Apabila kita bijak dalam hubungan sosial dan berpengaruh dengan persekitaran, kita boleh mencapai apa yang diharapkan. Jika tidak, kita akan kehilangan atau jauh dari rakan.

Seperti perkara lain, persahabatan juga memerlukan usaha dan kesabaran untuk mencapai apa yang kita impikan. Kemungkinan terdapat satu, dua atau tiga orang sahabat sahaja, maka terjadilah hubungan rapat yang mampu realisasi kehidupan yang bahagia.

Moralnya, bukanlah kuantiti sahabat itu ukuran kebahagian, akan tetapi yang dikatakan bahagia itu datangnya dari nilai ikatan sesebuah persahabatan.

Di sini kita himpunkan beberapa ucapan indah yang menggambarkan tentang persahabatan dan kepentingannya.

‘Persahabatan adalah mawar tanpa duri.’

‘Sahabat yang setia umpama harta di dunia.’

‘Persahabatan itu berharga dan tidak ternilai.’

‘Hubungan bersahabat tidak akan berakhir jika ia wujud.’

‘Terima kasih wahai teman kerana dirimu ada dalam hidupku.’

‘Persahabatan sejati umpama payung saling diperlukan di kala hujan.’

‘Kawan sejati adalah insan yang ada di sisi ketika dunia memerangimu.’

‘Buah persahabatan sentiasa hadir dan tidak perlu dituai setiap musim.’

‘Persahabatan sejati membangkitkan seseorang dari sisi gelap ke sisi terang.’

‘Persahabatan itu penting dalam kehidupan umpama garam dalam makanan.’

‘Walaupun cara hidup dan halatuju kita berbeza kita tetap saling melindungi.’

‘Jika bertemu sahabat sejati, genggam erat tangannya. Mungkin kita tidak akan mendapatkannya.’

‘Persahabatan ibarat kesihatan manusia dan ia dirasakan amat bernilai di saat kita kehilangannya.’

‘Pepohon mawar mungkin hidup mekar memenuhi kebunku adapun teman sejati dapat melengkapi duniaku.’

‘Persahabatan sejati bersandarkan kasih sayang. Kita saling melengkapi dan tidak akan berbeza kerana sesuatu.’

‘Persahabatan sejati berperanan untuk menahan penderitaan, kesedihan, membawa kebahagiaan dan kesenangan.’

‘Bukanlah bersahabat itu dengan ramainya bilangan, sebaliknya persahabatan itu adalah dengan bantuan dan sokongan.’

‘Kita mampu menemui seribu rakan dalam setahun. Tetapi, kita pasti membina hubungan seorang sahabat seribu tahun.’

‘Sahabat sejati sukar dicari, sukar untuk memisahkannya, mustahil untuk melupakannya, kerana dia sering berjalan mendekatimu dalam kegelapan.’

‘Persahabatan tidak meleleh tatkala ais mencair, dan tidak akan hilang ketika matahari terbenam, persahabatan tidak akan mati kecuali lenyapnya cinta.’

‘Dalam bersahabat, ada teman-teman kita umpama bintang. Ada yang muncul dan ada yang hilang. Namun, mereka yang sentiasa di sisi tetap bersinar di langit kita.’

‘Usah berjalan di depanku, kerana aku tidak mampu memegangmu. Usah berjalan di belakangku, aku mungkin tidak dapat memandumu. Namun berjalanlah di sisiku dan jadilah temanku.’

‘Ikhlasnya sebuah persahabatan tidak terletak pada tangan yang memanjangkan masa saat diperlukan dan tidak dengan kekalnya senyuman. Sebaliknya tautan rohani dengan orang yang berteman sehingga dipercayai dan bersedia berkorban.’

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ucapan-ucapan indah buat sahabat
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more