Wanita Yang Mahukan Fizikal Dan Peribadi Yang Cantik. Boleh Amalkan 6 Ibadah Ini : Pena Hijau

Wanita Yang Mahukan Fizikal Dan Peribadi Yang Cantik. Boleh Amalkan 6 Ibadah Ini

Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!
Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!
26 Jul 2020
Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
28 Jul 2020

icon follow us

Wanita Yang Mahukan Fizikal Dan Peribadi Yang Cantik. Boleh Amalkan 6 Ibadah Ini | Secantik mana pun wanita yang sering merawat diri di salon, kalau tidak diimbangi dengan kebaikan hati atau kekuatan ibadah, lama-lama akan kelihatan seperti barbie yang tak bernyawa.

Jika ingin wajah kita lebih bersinar dan cantik jelita, jangan hanya sibuk ke salon dan merawat diri di rumah, imbangi dengan 6 ibadah yang boleh memancarkan cahaya kecantikan.

Senyuman

“Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah”

(HR. Tirmidzi 1956, ia berkata: “Hasan ‎gharib”. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib).‎

Setiap wanita akan tampak lebih cantik jika murah senyum, bahkan senyum bernilai ibadah kerana boleh menyenangkan hati orang yang memandangnya.

Berwudhuk

Membasuh anggota wudhu dengan air bersih selain boleh menyihatkan kulit juga menambah pancaran kecantikan. Apalagi jika boleh menjaga wudhu terus-menerus, bukannya dengan menahan hadas, namun selalu berwudhu kembali setiap kali sehabis buang air atau buang angin.

Memberi Salam

Salam adalah doa keselamatan bagi orang lain, maka ucapan salam yang kita beri pada saudara-saudara kita akan membuat malaikat mendoakan kebaikan yang sama untuk diri kita.

Bukan hanya pahala yang besar, seorang muslimah yang ramah gemar menyapa dan menebar salam akan tampak lebih cantik daripada yang kedekut salam.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa seorang pemuda melewati Nabi shollallahu ‘alaihi wa salam, sedang dalam keadaan duduk di sebuah Majlis. Maka Pemuda ini mengucapkan “Assalamu ’alaikum”, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa salam mengatakan : “bagi dia 10 kebaikan”. Lalu lewat Pemuda yang lain dan mengatakan : “Assalamu ’alaikum wa rahmatullah, Nabi shollallahu ‘alaihi wa salam mengatakan : “Bagi dia 20 kebaikan” kemudian lewat lagi Pemuda yang lainnya mengatakan : “Assalamu ’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh” Nabi shollallahu ‘alaihi wa salam mengatakan : “Bagi dia 30 kebaikkan”

(HR. IbnuHibban 493, Abu Daud 5195, Tirmidzi 2689 dan ini adalah lafadz Ibnu Hibban)

Berzikir

Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang. Berzikir boleh mententeramkan hati, hati yang tenteram akan tercermin di wajah dan perilaku. Itu sebabnya memperbanyak zikir boleh memperlihatkan aura cantik dalam diri seorang muslimah dan menunjukkan peribadi yang cantik.

Puasa

Puasa wajib tentu saja harus dijalankan, namun di samping itu seorang muslimah yang gemar melakukan puasa sunat juga akan tampak kecantikan lahir maupun batinnya.

Mengapa? Berpuasa akan membuat seseorang mampu mengendalikan hawa nafsunya, ia juga lebih sihat fizikal kerana menjauhkan diri dari makan minum selama setengah hari. Cuba perbanyak puasa sunat dengan niat yang benar, in syaa Allah kecantikan makin memancar dan anda mampu memiliki peribadi yang cantik.

Solat Malam

“Barangsiapa banyak mengerjakan solat di malam hari, wajahnya akan berseri di pagi hari”

(HR. Ibnu Majah)

Ingin memiliki peribadi yang cantik? Lakukan ibadah-ibadah tersebut dengan niat ikhlas lillaahi ta’ala ya. Baca juga Nasihat Untuk Wanita.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Wanita Yang Mahukan Fizikal Dan Peribadi Yang Cantik. Boleh Amalkan 6 Ibadah Ini
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more