Berkibar megah Jalur Gemilang : Pena Hijau
Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur
Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur
31 Aug 2020
Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?
Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?
1 Sep 2020
Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur
Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur
31 Aug 2020
Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?
Kenapa Ulama Besar Berpesan Carilah Sahabat Sebenar Bukan Sekadar Kawan?
1 Sep 2020
dreamstime_s_109532278
icon follow us

“Benderaku yang gagah perkasa. Merah putih kuning biru warnanya. Berkibar megah penuh bercahaya. Pusaka kita rakyat Malaysia”.

Pastinya kita rakyat Malaysia mengingati lagu Jalur Gemilang ini. Sempena bulan kemerdekaan Malaysia, rata-rata seluruh penduduk kini dengan bangganya mengibarkan bendera Malaysia di kawasan rumah, premis pejabat dan juga kenderaan masing-masing.

Bendera ialah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi. Penggunaan bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan sesebuah negara.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan dikibarkan buat pertama kali secara rasmi pada 31 Ogos 1957. Pengibaran bendera tersebut diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku buat pertama kali. Bendera Malaysia pula secara rasminya dikibarkan pada 16 September 1963.  Bendera Malaysia mempunyai pertambahan 3 jalur dengan pertambahan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam negara Malaysia.

Singapura telah berpisah dari Malaysia dan membentuk negaranya sendiri pada tahun 1965. Walaubagaimanapun bilangan jalur dalam bendera Malaysia terus dikekalkan. 13 negeri dan satu Wilayah Persekutuan mewakili setiap jalur dan bucu bintang di dalam bendera Malaysia.

Pada malam 31 Ogos 1997, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumummkan nama Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia.

Penciptaan bendera Malaysia telah diilhamkan dari satu pertandingan mereka cipta bendera kebangsaan pada bulan Mei 1948. Seramai 373 karyawan telah menyertai pertandingan tersebut. Tiga reka cipta bendera telah terpilih ke peringkat akhir pertandingan pada bulan November 1949.

Akhirnya rekaan bendera hasil ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Mohamed Hamzah telah dipilih sebagai pemenang. Rekaan beliau telah mendapat undian majoriti dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.

Rekaan bendera tersebut terus dihalusi dengan menukar bintang dan bulan dari warna putih kepada warna kuning bagi menggambarkan institusi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Jalur Gemilang ialah bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur yang sama lebar, dengan warna merah di bahagian atas dan berakhir dengan warna putih di bahagian bawah. Jalur bendera Malaysia melambangkan satu haluan yang lurus, hala tuju sama yang harus diikuti oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

Gemilang pula bermaksud cahaya terang benderang dan cemerlang. Ia juga melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu serta boleh menaikkan imej negara di dalam dan luar negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, marilah kita sama-sama turut mempamerkan dan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman kita. Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah sama-sama kita menghayati erti kemerdekaan dan juga kedaulatan negara Malaysia.

Semoga kita semua dapat bermuafakat dan bekerjasama menjadikan negara Malaysia yang kita cintai ini untuk terus maju, harmoni dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Berkibarlah, berkibarlah, Jalur Gemilang!

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Berkibar megah Jalur Gemilang
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more