Internet era baru Muslim : Pena Hijau
Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat
21 Aug 2020
2 Perkataan Ini Cukup Untuk Sebuah Perkahwinan Bahagia, Ini Perkongsian Ustaz Don Danial
2 Perkataan Ini Cukup Untuk Sebuah Perkahwinan Bahagia, Ini Perkongsian Ustaz Don Danial
25 Aug 2020
Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat
21 Aug 2020
2 Perkataan Ini Cukup Untuk Sebuah Perkahwinan Bahagia, Ini Perkongsian Ustaz Don Danial
2 Perkataan Ini Cukup Untuk Sebuah Perkahwinan Bahagia, Ini Perkongsian Ustaz Don Danial
25 Aug 2020
icon follow us

Internet telah mempamerkan kehebatannya, jika tidak semua, dalam kebanyakkan aspek kehidupan. Ia mendorong kemajuan ilmu pengetahuan, menjangkaui jutaan manusia, melangkah melampaui batas negara dan menjadikan dunia sebuah kesatuan dan tempat yang padat.

Bagi umat Islam, ia mungkin peluang keemasan untuk menyerlahkan kehebatan intelektual dan budaya semula jadi dengan menukarkannya sebagai pesanan sejagat dan menebar ke setiap pelusok dunia.  Inilah zaman keemasan yang akan berulang kembali dan mungkin berlaku di hadapan mata kita.

Zaman Keemasan bermula pada era Bani Abbasiyah. Antara sebab yang menyumbang ke arah kemakmuran zaman tersebut. Salah satunya adalah kedudukan ibu kota Khalifah Abbasiyah iaitu Baghdad di persimpangan jalan perdagangan  di antara Benua Eropah dan Benua Asia sekali gus menjadikannya tempat pertukaran idea dan kebudayaan antara Timur dan Barat.

Keduanya ialah kestabilan politik yang menghapuskan keperluan peperangan dan perseteruan yang menjadi beban ekonomi dan mengisi ‘masa lapang’, tanpa meninggalkan satu pun usaha yang mulia. Para sarjana berpusu-pusu ke Baghdad untuk menetap di persekitaran  yang aman dan damai. Sebahagian besar adalah disebabkan oleh ‘sokongan kerajaan’.

Khalifah Harun al-Rashid gigih mempromosi bidang kebudayaan, kesenian dan sains. Dia mendirikan Baitul Hikmah di Baghdad, yang merupakan pusat ilmiah di mana pengetahuan dikongsi dan dikembangkan sebagai konsep kecemerlangan kejayaan  yang baharu. Baitul Hikmah adalah tempat di mana idea boleh disebarkan dengan percuma seperti ‘internet abad pertengahan’, yang memberi sumbangan besar terhadap pencapaian ilmiah pada masa itu.

Usaha Harun al-Rashid membawa kepada pemuliharaan pengetahuan kuno dari zaman Yunani dan Rom yang sebahagian besarnya telah ditolak oleh negara Eropah pada masa itu sebagai paganisme. Dalam Islam tidak boleh wujud prasangka, kerana Allah SWT bertoleransi terhadap semua agama.

Sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya, orang-orang mu’min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin – siapa sahaja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah – hari kemudian dan beramal soleh – mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah, ayat 62)

Dengan menyambut dan membangun kemajuan ilmiah zaman Yunani Kuno dan Rom, para sarjana Abbasiyah memperoleh hasil yang luar biasa demi kepentingan seluruh umat manusia. Begitulah cara Ibnu Sina menghasilkan buku Kanun Perubatan, Ibnu al-Haytham mencipta kamera pertama dan al-Khwarizmi mencipta Aljabar.

Pengetahuan yang mereka cipta meresap ke seluruh pelusok dunia.  Adakah berkemungkinan untuk mengembalikan semula minda sarjana yang  ruang lingkup dan kedudukannya sama dalam kalangan ahli sains Muslim? Ia pasti. Jalan ke arahnya telah dibuka oleh Internet.

Internet, apabila digunakan dengan betul, ia benar-benar mencipta suasana dan lingkungan untuk penyebaran dan pengembangan pengetahuan, mendedahkan pemikiran ilmiah Muslim untuk kepentingan seluruh dunia dan memajukan kebudayaan Muslim kepada masyarakat lain.

Medium yang ditawarkan oleh Internet untuk berkongsi pengetahuan benar-benar unik. Ini termasuklah pengumpulan data dan akses ke pangkalan data dengan ukuran dan kapasiti yang besar, pembelajaran dalam talian, seminar, persidangan, pesanan segera dan komunikasi. Mereka menyatukan dunia Islam dan memungkinkannya untuk bergabung dalam usaha ilmiah yang mengetepikan perbezaan dan mencipta satu keunggulan bersama atas nama Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Internet era baru Muslim
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more