Lapan tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Lapan tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi

hosting percuma
Hosting Percuma
19 Jul 2020
Bercuti ke Pulau – Pulau Besar, Melaka
25 Aug 2020

Melaka adalah sebuah negeri yang dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah. Banyak tempat-tempat menarik yang penuh dengan peninggalan sejarah zaman dahulu. Melaka dahulunya memang cukup terkenal sebagai sebuah kerajaan yang makmur dan berkuasa dengan pelabuhan yang pesat serta angkatan armada yang digeruni.

Kedatangan Portugis akhirnya meruntuhkan kerajaan Melaka dan apa yang ditinggalkan hanyalah tinggalan sejarah lama seperti kota A Famosa. Namun selain tinggalan sejarah yang terkenal ini, terdapat beberapa tempat menarik lain yang turut boleh anda kunjungi ketika di Melaka.

Berikut adalah antara beberapa tempat menarik yang an boleh kunjungi ketika mengunjungi negeri Melaka:

The Shore Sky Tower

Melalui The Shore Sky Tower, anda dapat menikmati pemandangan seluruh bandar Melaka. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Negeri Melaka. Dengan lantainya yang lutsinar memang membuatkan anda berasa seolah-olah berada di atas langit.

Taman Botanikal Melaka

Taman botanikal dengan keluasan 92.5 hektar ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tempat persinggahan yang menjanjikan kedaiman dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota. Taman ini mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari taman-taman botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semula jadi dengan 300 spesis flora dan fauna. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berjogging, berkelah, berkayak dan sebagainya di sini.

Magic Art 3D Museum

Disini anda boleh bergambar sepuas hati kerana muzium ini adalah muzium kedua terbesar selepas Muzium 3 dimensi di Langkawi. Gambar dan hasil seni yang dihasilkan di sini kelihatan seperti benar-benar hidup.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kompleks ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah dan makmal komputer yang dilengkapkan dengan planetarium, balai cerap serta pusat latihan. Bagi yang ada anak-anak, inilah masanya untuk berkongsi minat dan meluangkan masa belajar ilmu astronaut bersama-sama.

The Shore Oceanarium

Anda dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut di sini, malah anda juga berpeluang untuk memegang hidupan akuatik seperti kuda laut. Anak-anak anda pasti akan seronok meluangkan masa di sini.

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari adalah menara gyro pertama di Malaysia. Menara ini mempunyai  ketinggian 110 meter, dan dapat memuatkan seramai 80 orang pada satu masa. Menara ini  memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat pandangan panoramik 360 darjah ke seluruh Bandar Melaka.

Encore Melaka

Disini anda dapat menyaksikan persembahan mengenai sejarah Melaka. Persembahan ini  dipersembahkan oleh 200 orang  dan mengambil masa 70 minit secara keseluruhan.  Persembahan ini membawa anda menyelusuri enam abad yang berbeza di Melaka.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Taman tema air ini berada di Ayer Keroh, Melaka. Jumlah air didalam dalam taman tema air ini melebihi 200 juta liter.Tarikan yang unik adalah seperti Tornado Chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island ada di sini.

Selain tempat-tempat menarik ini, tak sah jika anda ke Melaka tanpa mencuba keunikan dan keenakan masakan asam pedas di Melaka. Sebagai cadangan, anda boleh cuba menikmati asam pedas di Restoran Asam Pedas Claypot 2 yang terletak di Taman Kota Laksamana. Di samping rasanya yang enak, harganya juga berpatutan.

Jika ada peluang, bolehlah bawa keluarga jalan-jalan di Melaka dan lawati tempat-tempat menarik ini.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply