Manfaat vitamin dan nutrisi buah Anggur : Pena Hijau

Manfaat vitamin dan nutrisi buah Anggur

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara
4 Aug 2020
Kalau Ziarah Kubur, Jangan Cabut Rumput? Ini Sebabnya
Kalau Ziarah Kubur, Jangan Cabut Rumput? Ini Sebabnya
6 Aug 2020
Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara
4 Aug 2020
Kalau Ziarah Kubur, Jangan Cabut Rumput? Ini Sebabnya
Kalau Ziarah Kubur, Jangan Cabut Rumput? Ini Sebabnya
6 Aug 2020
icon follow us

Anggur sering dijadikan buah pilihan terutama untuk dijamu kepada tetamu di majlis keraian, kenduri atau majlis perkahwinan.  Ia juga antara buah popular dalam dulang hantaran kahwin serta buah tangan apabila melawat orang sakit.

Anggur boleh dimakan segar dan dijadikan beberapa produk siap diproses seperti jus dan jem. Buah ini sentiasa mendapat permintaan tinggi. Anggur biasanya diimport dari negara luar.  Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha tempatan yang mengusahakannya di Malaysia.

Kaya dengan anti oksidan dan kandungan serat yang tinggi, anggur  dikatakan baik untuk memberi sumber tenaga dan membantu mencegah radikal bebas akibat daripada pencemaran udara.  Bagi wanita, amalan memakan anggur hitam boleh mencegah penuaan awal.

Anggur mengandungi pelbagai vitamin.  Ia termasuklah vitamin C, E, A, B (thiamin) dan K (kalium). Vitamin C adalah antioksidan penting bagi meningkatkan ketahanan badan. Vitamin K pula berfungsi membantu tulang, penyembuhan luka dan pembekuan darah.

Kandungan antioksidan paling tinggi terdapat pada kulit dan biji. Antara antioksidan yang terdapat dalam anggur selain vitamin C ialah beta-carotene, resveratrol, quercetin, lutein, lycopene dan ellagic acid.

Bagi pesakit buah pinggang serta radang sendi, anggur berfungsi menyingkirkan asid berlebihan pada buah pinggang sekali gus mengurangkan gangguan pada sistem tekanan buah pinggang.

Nutrisi di dalam anggur juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah terutama kepada pesakit kencing manis. Ia juga dapat menghilangkan keletihan kerana kandungan zat besi yang tinggi.

Sesuai bagi mereka yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti perut kembung, sembelit serta kerap membuang air besar. Pengambilan anggur baik kerana kandungan serat tidak larut air yang terdapat padanya boleh membantu membentuk tinja yang lembut dan sihat sekali gus memudahkan proses membuang air besar.

Ia juga baik untuk pesakit jantung. Tahap oksida nitrat di dalam darah akan meningkat apabila mengamalkannya. Ia juga bermanfaat mencegah pembekuan serta mengurangkan risiko penyakit jantung.  Anti oksidan yang ada dalamnya boleh membantu menghentikan pengoksidaan kolesterol.

Anda mungkin salah seorang yang menghadapi masalah migrain atau sakit kepala yang berulang. Berita baiknya, anda boleh cuba minum jus anggur setiap pagi tanpa tambahan air. Kajian mendapati ia berkesan menyembuhkan pesakit migrain secara semula jadi.

Bagi pesakit asma, cuaca sejuk atau panas dan alergi debu adalah punca terjadinya serangan. Penyempitan di bahagian saluran pernafasan menyebabkan asma. Bagi pesakit asma, anda boleh mencuba memakan anggur hitam untuk mengurangkan gejala asma dan sesak nafas.

Kanser payudara juga boleh dirawat dengan memakan anggur.  Khasiatnya bukan sahaja dapat mencegah kanser payudara tetapi juga mengurangkan jangka masa tumor.

Rupa-rupanya buah anggur adalah buah yang banyak nutrisi dan boleh membantu mengubat pelbagai penyakit.  Mungkin kerana itu juga, apabila orang tua kita dahulu pergi melawat orang sakit, anggur adalah antara buah yang menjadi pilihan sebagai buah tangan.

Anggur juga bertindak sebagai antibakteria serta antivirus yang sangat kuat.  Semakin kerap anda mengamalkan makan anggur hitam, ia boleh melindungi tubuh daripada jangkitan merbahaya.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Manfaat vitamin dan nutrisi buah Anggur
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more