Melahir dan membina kepintaran anak : Pena Hijau

Melahir dan membina kepintaran anak

Alam sekitar menurut pandangan Islam
17 Aug 2020
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
19 Aug 2020
Alam sekitar menurut pandangan Islam
17 Aug 2020
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
19 Aug 2020
icon follow us

Apabila keputusan peperiksaan anak-anak kita kurang memberangsangkan, kita sering merungut dengan bermacam-macam andaian dan tanggapan yang hanya akan menyebabkan kemunduran potensi mereka secara tidak sedar. Lagi buruk, ada yang mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan kelemahan atau kebodohan anak-anak kita.

Bagaimana kita hendak mendidik anak-anak supaya menjadi pintar dan bijak? Caranya adalah dengan mendidik mereka agar

  • Menginsafi serta memperbaiki kelemahan anak-anak kita
  • Merancang untuk kecemerlangan di masa hadapan

 

Dari Abu Ya’la Shaddad bin Aus r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).”

(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi, No Hadis : 2459)

Kesimpulan daripada hadis Nabi SAW tersebut, antara langkah terawal dalam pendidikan adalah menyedari kesilapan atau muhasabah diri. Lihatlah anak-anak yang mula belajar untuk berjalan walaupun jatuh berkali-kali. Menurut Karen E. Adolph, seorang psikologi dan professor dalam bidang pembangunan motor bayi di New York University mengatakan bahawa anak-anak yang mula belajar berjalan secara puratanya akan jatuh sebanyak 17 kali setiap jam sebelum mereka dapat berjalan dengan stabil.

Ini jelas membuktikan bahawa pentingnya untuk muhasabah diri dan belajar daripada kesilapan tanpa mengenal putus asa bagi mencapai sesuatu tujuan. Ini juga membuktikan, setiap manusia mempunyai potensi yang hebat untuk terus belajar dan bangkit daripada kegagalan tanpa rasa kecewa.

Dalam menyempurnakan pendidikan anak-anak, antara perkara yang merugikan kita adalah kekeliruan dalam menghayati serta memahami matlamat pendidikan. Dengan wujudnya permainan dan hiburan yang tidak terkawal pada hari ini, anak-anak kita begitu mudah dikelirukan matlamat mereka.

Secara asasnya, permainan dan hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan naluri setiap manusia termasuk anak-anak asalkan tidak melampaui batas dan terkawal. Intipati utama dalam kejayaan setiap manusia yang cemerlang adalah mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas serta mempunyai keyakinan untuk mencapainya.

Sebagai contohnya dalam sejarah Islam, junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mana tindakan baginda mempunyai tujuan yang sangat jelas sehingga baginda telah berjaya melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh yang hebat dalam segenap bidang sama ada dalam bidang sukan, perniagaan dan lain-lain. Tokoh-tokoh ini sangat fokus dengan tujuan mereka dan tidak mudah terpesong dengan perkara yang melalaikan.

Hakikatnya, mengabdikan diri kita kepada Allah SWT  dan berbakti di atas jalan-Nya merupakan tujuan yang lebih besar bagi setiap manusia.

Rujukan :

  1. Koleksi Hadith. Siapakah Orang Yang Cerdik?  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  2. Karen E. Adolph. (2012). How Do You Learn to Walk? Thousands of Steps and Dozens of Falls Per Day. Psychological Science, 23(11) : 1387–1394.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Melahir dan membina kepintaran anak
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more