Ini petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang : Pena Hijau

Ini petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang

dreamstime_s_178960769
Berbakti kepada ibu dan bapa kita
21 Sep 2020
dreamstime_s_142327938
Mula sesuatu perkara! Segalanya itu dirancang Allah SWT
21 Sep 2020
dreamstime_s_178960769
Berbakti kepada ibu dan bapa kita
21 Sep 2020
dreamstime_s_142327938
Mula sesuatu perkara! Segalanya itu dirancang Allah SWT
21 Sep 2020
dreamstime_s_27671011
icon follow us

Apabila berbicara soal pendidikan atau pelajaran semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Tidak kiralah di negara mana sekalipun, ianya menjadi impian untuk para pelajar untuk berjaya. Sudah pasti setiap pelajar mahu membanggakan kedua orang tuanya.

Ianya juga boleh menjadi pembakar semangat adik-beradik yang lain belajar dengan cemerlang. Berikut penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadi pelajar cemerlang.

Menjaga hubungan antara Allah SWT serta ibu bapa 

Setiap perbuatan yang dilakukan di dunia ini haruslah mendapat keredaan Allah SWT dan ibu bapa. Tanpa keredaan daripada Allah dan ibu bapa, setiap perkara yang kita lakukan tidak akan mendapat berkat. Ini boleh menjejaskan kualiti dalam perkara yang ingin kita lakukan.

Sebagai seorang pelajar, perlulah sentiasa menjaga solat, membaca al-Quran serta memperbanyakkan amal ibadat. Selain itu, pelajar juga haruslah menghormati kedua ibu bapa mereka. Memang benar, wujud segelintir pelajar yang tidak menghormati ibu bapa dan tidak mentaati perintah Allah SWT. Tetapi mereka masih mendapat keputusan cemerlang.

Namun begitu, mereka telah termasuk dalam golongan Istidraj. Istidraj membawa maksud orang yang bertambah kejayaannya tetapi makin jauh daripada Penciptanya. Jadi, sebagai pelajar kunci utama untuk cemerlang adalah dengan menjaga hubungan antara Allah SWT dan ibu bapa.

Membuat jadual waktu

Sejak awal persekolahan kita diajar untuk membuat jadual waktu supaya kita peka dan dapat belajar menepati masa. Dengan adanya jadual waktu, pelajar akan belajar mengurus masa dengan lebih teratur. Ini membolehkan para pelajar dapat fokus untuk mengulangkaji selain belajar menepati waktu dan disiplin dengan apa yang telah dirancang.

Membuat persediaan awal

Para pendidik selalunya akan meminta pelajar mengulangkaji terlebih dahulu tajuk yang bakal diajar. Tidak dinafikan, mungkin ia akan menjadi sukar kepada sesetengah pelajar. Tetapi dengan membuat penyediaan awal, sekurang-kurangnya pelajar ini tidak akan ketinggalan sewaktu tempoh pembelajaran.

Para pelajar juga akan menjadi lebih faham apabila proses pengajaran berlangsung. Para pendidik juga akan merasa gembira jika mengetahui pelajarnya membuat persediaan awal. Ini boleh mencetuskan suasana positif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Tidak kisahlah tajuk itu susah atau senang, dengan persediaan awal, Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan.

Akhir kalam, semua petua ini hanya akan berguna jika ianya dipraktikkan secara konsisten. Jika para pelajar masih tidak mahu mengubah diri mereka sendiri tiada siapa yang boleh membantu. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan niat menuntut ilmu kerana Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ini petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more