Berbakti kepada ibu dan bapa kita : Pena Hijau
Bila Maki Hamun Jadi Zikir Harian, Bagaimana Penghujung Hayat Kita Nanti?
Bila Maki Hamun Jadi Zikir Harian, Bagaimana Penghujung Hayat Kita Nanti?
21 Sep 2020
dreamstime_s_27671011
Ini petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang
21 Sep 2020
Bila Maki Hamun Jadi Zikir Harian, Bagaimana Penghujung Hayat Kita Nanti?
Bila Maki Hamun Jadi Zikir Harian, Bagaimana Penghujung Hayat Kita Nanti?
21 Sep 2020
dreamstime_s_27671011
Ini petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang
21 Sep 2020
dreamstime_s_178960769
icon follow us

Ibu bapa diletakkan pada kedudukan yang tinggi dalam Islam. Apabila kita menghormati mereka, bersabar dalam melayani mereka, kita akan diberi pahala yang besar.

Dari Abdullah Ibn Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Sunan at-Tirmidzi)

Terkadang, kita membantu kedua orang tua membeli barang-barang keperluan, atau kita membantu kerja-kerja di rumah tanpa kita sedari bahawa apa yang kita lakukan itu sangat mulia di sisi Islam. Tidak kira kecil atau besar khidmat yang kita lakukan pada ibu bapa, Allah SWT mengetahui segalanya dan Allah akan mengganjari setiap usaha kita.

Ambil berat kita pada ibu bapa membuka jalan untuk kita ke syurga. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa merupakan perkara yang amat berharga.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (Sahih Muslim)

Ini menunjukkan bahawa, walaupun banyak ruang dan peluang dalam kehidupan kita untuk menjadi orang yang soleh dan menambah amal kebaikan, menjaga kedua ibu bapa itu sendiri merupakan amalan yang amat besar nilainya di sisi Allah SWT dan dianugerahkan pahala yang juga besar.

Abdullah Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik amalan kebaikan adalah menjaga silaturrahim dengan lelaki yang dikasihi oleh ayahnya.” (Sahih Muslim)

Dalam kehidupan kita ini, kadang-kadang wujud salah faham dengan seseorang samada yang jauh atau yang rapat dengan kita seperti ibu bapa atau saudara-saudara yang dekat. Jika kita sedang berhadapan dengan situasi ini, teruslah bersabar kerana Islam telah mengajar kita bahawa setiap manusia ada peluang untuk berubah ke arah lebih baik.

Hadis daripada Abdullah Ibn Umar, seorang lelaki telah berjumpa Rasulullah SAW dan dia berkata: “Aku datang untuk menyatakan baiahku untuk berhijrah, dan aku tinggalkan ibu bapa ku dalam keadaan mereka menangis. Rasulullah berkata, “Kembalilah kepada mereka dan buatlah mereka tertawa sebagaimana engkau buat mereka menangis.”

Moga Allah SWT memberi pahala yang besar kepada semua yang berbuat baik kepada ibu bapa mereka.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Berbakti kepada ibu dan bapa kita
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more