Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat! : Pena Hijau

Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat!

dreamstime_s_144635110
Roti Canai yang menjadi pilihan ramai
15 Sep 2020
dreamstime_s_75882327
Ini adalah Hari Malaysia kita!
16 Sep 2020
dreamstime_s_144635110
Roti Canai yang menjadi pilihan ramai
15 Sep 2020
dreamstime_s_75882327
Ini adalah Hari Malaysia kita!
16 Sep 2020
Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat!
icon follow us

Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat! | Cinta itu adalah perasaan yang sangat indah. Ia adalah fitrah yang tidak salah. Cinta perlu disalurkan kepada tempat yang betul. Ia dicipta oleh Allah swt untuk makhluk yang disayanginya.

Namun manusia lebih mengagungkan cinta makhluk berbanding cinta Penciptanya sehingga ada yang alpa dan terus tewas. Mengejar cinta yang mendekatkan diri kepada zina, kepada murka Allah.

Tetapi kerana cintanya Allah kepada manusia, Dia tidak mahu hambaNya terus hanyut dalam lautan maksiat, ditakdirkan baginya terputusnya cinta. Cinta antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan.

BACA JUGA : Sedang Menghadapi Masalah? Amalkan 5 Ayat Al-quran Yang Akan Meringankannya

putus cintaInilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda:

Di saat anda menangis putus cinta, jangan lupa saat itu jugalah syaitan pun turut menangis sekali kerana anda sekarang sudah menjauhi zina. Waktu ini Allah suka, syaitan tak suka. Kembalilah dekat-sedekat-dekatnya kepada Allah SWT. Mohon Allah berikan kekuatan dan tunjukkan anda jalan yang sebenar. Banyakkan solat malam (Tahajjud), membaca Quran dan solat-solat sunat yang lain.

2. Menghindarkan diri daripada zina.

Putus cinta akan menghindarkan anda dari banyak jenis zina. Contohnya, zina mata, zina telinga, zina tangan,dan zina hati. Bersyukurlah jika anda putus cinta ya! Itu tanda Allah sangat sayangkan anda!

Ya, putus cinta juga membebaskan anda daripada membazir masa. Semasa bercinta, anda mungkin akan habiskan masa yang sangat banyak untuk si dia. Dari makan malam berjam-jam, ber’whatsapp’ tak kira masa, hinggalah ber’dating’ 7 hari seminggu. Padahal masa anda lebih ‘terisi’ dengan perkara yang lebih bermanfaat jika beribadat kepadaNya, menjalankan aktiviti sosial atau membaca buku menambah ilmu.

Selain itu, wang anda akan selamat bila putus cinta. Selamat daripada membelanja wanita/lelaki yang bukan pasti lagi menjadi jodoh anda. Paling kurang, dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar bil telefon yang tinggi! Bagusnya kalau anda habiskan wang itu untuk diri sendiri, keluarga ataupun bersedekah. Pahala pun boleh dapat.

Banyak isu menjaga jodoh orang baru-baru ini. Contohnya, 11 tahun bercinta, akhirnya wanita yang dicintai berkahwin dengan orang lain. Betapa ruginya ‘pelaburan’ yang anda buat, mungkin masa itu anda akan rasa cukup menyesal. Bayangkan masa, tenaga dan wang yang terbazir kepada mereka yang belum pasti akan bersama kita itu, digunakan untuk memperbaiki kualiti diri sebagai seorang suami/isteri ataupun ibubapa.

Apabila anda putus cinta, hati anda akan merasa lebih tenang dan luas. Masa tu akan muncul idea dan inspirasi baru dalam hidup.Performance kerja atau pelajaran yang sebelum ini biasa-biasa sahaja, anda dapat ubah menjadi lebih baik. Kerana anda boleh lebih fokus dengan urusan tersebut. Bayangkan kalau sibuk bercinta, macam mana nak fokus buat benda lain?

Putus cinta juga membuatkan anda dapat belajar sesuatu. Anda akan belajar untuk lebih bersyukur terhadap kehidupan dan masa tu pasti anda akan berfikir banyak hikmah disebalik terputusnya sebuah hubungan tidak halal. Anda akan lebih matang membuat satu-satu keputusan pada masa hadapan. Dalam pada masa sama, anda akan lebih bergantung diri dan tawakal dengan apa jua perkara yang ditakdirkan oleh Allah.

Benar, Allah rancang sesuatu yang lebih baik untuk anda. Anda mungkin bersedih dan kecewa ketika itu, tapi Allah sebenarnya dah siapkan pasangan yang lebih baik buat anda. Anda perlu teruskan kehidupan dan berniat cari pasangan untuk bercinta selepas nikah pula selepas ini.

BACA JUGA : Wanita Perlu Baca! 5 Bukti Si Dia Cintakan Anda Kerana Allah SWT

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more