Ini adalah Hari Malaysia kita! : Pena Hijau
Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat!
Inilah 8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepada Anda, Jangan Ikut Perasaan Sangat!
16 Sep 2020
Ustaz Don Kongsi Nasihat Almarhum Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup
Ustaz Don Kongsi Nasihat Almarhum Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup
17 Sep 2020

dreamstime_s_75882327
icon follow us

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan budaya. Dalam suasana pandemik, Malaysia masih terkenal di peringkat antarabangsa, apabila dinobatkan antara negara yang dapat mengatasi masalah COVID-19. 16 September adalah cuti umum yang bermula pada tahun 2010. Ia juga dipanggil dengan ‘Hari Malaysia’.

Peristiwa yang berlaku pada hari ini adalah untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pada asalnya ianya dirancang akan berlaku pada 1 Jun 1963. Namun, terdapat beberapa bantahan daripada Indonesia dan Filipina tentang perishtiharan ini. Selain daripada itu, pungutan suara perlu diambil di kalangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) untuk persetujuan penubuhan. Hal ini menyebabkan pengisytiharan tertangguh sehingga 16 September.

YB Dato Saifuddin Abdullah yag merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyatakan bahawa tema Hari Malaysia ialah ‘Malaysia Prihatin’. Bersempena dengan musim COVID-19, Malaysia perlu menerapkan rasa prihatin terhadap semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Semua yang berada di barisan hadapan atau front liners berganding tenaga memberikan rawatan kepada rakyat Malaysia, demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Prihatin juga merangkumi ekonomi, kebajikan dan semua kelangsungan hidup.

Logo yang dipilih adalah berbentuk hati beserta jalur bendera Malaysia. Ia melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang berbilang kaum dan budaya. Tema dan logo yang sama juga telah digunakan pada sambutan Hari Merdeka yang lalu.

Pada hari ini, apakah sumbangan kita kepada tanah air kita?

Justeru, kita perlulah berasa bangga dan bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus aman dan makmur senantiasa.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ini adalah Hari Malaysia kita!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more