Media sosial dan budaya sopan santun dalam masyarakat
22 Sep 2020Unsur ketuhanan dan genre filem seram
23 Sep 2020Islam merupakan cara hidup yang menyeluruh. Tidak ada satupun aspek kehidupan seorang Muslim yang tidak ditentukan oleh Islam dan ini termasuk makanan. Dalam Islam, apa yang dibenarkan untuk pemakanan kita disebut halal dan yang terlarang disebut haram.
Suatu perkara yang menarik untuk diketahui bahawa orang bukan Islam hari ini juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap pengambilan makanan halal. Justeru, rencana kali ini akan membincangkan tentang kelebihan yang terdapat pada makanan halal.
Kelebihan utama makanan halal adalah keselamatan. Apabila berkait dengan pemilihan dan penyediaan makanan halal, aspek kebersihan dan keselamatan diberi penekanan. Dalam Islam, kebersihan adalah kedua terpenting selepas aspek ketuhanan.
Dengan tahap keselamatan dan kebersihan yang maksimum, makanan halal mempunyai tahap pencemaran yang paling rendah. Bahkan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, unggas dan haiwan lain yang diternak di ladang halal menjalani kaedah yang berbeza. Bagi petani halal, mematuhi peraturan dan undang-undang Islam adalah sangat penting.
Sekiranya kita prihatin terhadap kesejahteraan haiwan, kita akan berasa gembira apabila mengetahui haiwan yang dibesarkan di ladang halal dijaga dengan baik dan hanya diberi makanan yang sihat sahaja. Petani halal tidak akan membenarkan penggunaan bahan kimia, bahan sintetik bahkan bahan antibiotik ketika memberi makanan kepada haiwan ternakan. Pada penghujungnya, penghantaran juga dilakukan pada tahap kebersihan yang paling tinggi.
Keselamatan, kebersihan dan kebajikan sebenar haiwan bukan satu-satunya kelebihan yang boleh diperoleh daripada makanan halal. Terdapat juga faedah lain daripada pengamalan etika. Contohnya dalam Islam, adalah dilarang sama sekali menyembelih haiwan yang sedang sakit.
Maka petani halal menternak haiwan di persekitaran bebas penyakit. Kesemua haiwan ini tidak diperlakukan dengan penyiksaan mahupun penderitaan. Apabila tiba masa untuk disembelih, peraturan Islam akan dipatuhi. Penyembelihan halal dikatakan tidak berperikemanusiaan tetapi terkenal kerana ia menyebabkan kesakitan dan tekanan yang paling sedikit kepada haiwan tersebut. Ini adalah benar terutama jika dibanding dengan teknik moden lain seperti penggunaan renjatan elektrik.
Bagi penggemar daging, kelebihan lain ialah risiko pencemaran daging dapat dikurangkan atau paling minima. Dalam Islam ketika haiwan disembelih, semua darah mesti disalirkan daripada badan sembelihan. Dengan cara ini, penyembelihan akan berakhir tanpa menyebabkan pencemaran, lebih segar, lebih sihat dan daging akan menjadi lebih enak.
Oleh kerana daging halal tidak mengandungi darah, ia bukan medium yang sesuai bagi pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma yang boleh mengakibatkan penyakit. Malah, daging sembelihan ini adalah jauh lebih enak dan sihat untuk dijadikan pilihan berbanding alternatif lain.
Semasa berlakunya peningkatan kes keracunan makanan, kesedaran terhadap kesejahteraan haiwan semakin meningkat dan tidak menghairankan apabila makanan halal semakin popular.
Aspek lain daripada makanan halal yang turut dihargai oleh semua – ia disajikan dengan penuh kasih sayang, kebaikan serta kegembiraan. Sekiranya ingin merasai pengalaman ini, apa yang perlu dilakukan ialah pergi mengunjungi kedai atau restoran makanan halal terdekat dan membuat pesanan.
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati seluruh umat manusia ketika kita sedang berusaha untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Aamin.
Sumber : Salam Web Today