Kelebihan dan kelemahan anak-anak ujian Allah SWT : Pena Hijau

Kelebihan dan kelemahan anak-anak ujian Allah SWT

ANE 20200904 allah
Bekerja kerana Allah SWT
4 Sep 2020
“Orang Itu Mungkin Jahat, Tapi Boleh Masuk Syurga Bila Orang Baik Mengumpatnya” – PU Azman
7 Sep 2020
ANE 20200904 allah
Bekerja kerana Allah SWT
4 Sep 2020
“Orang Itu Mungkin Jahat, Tapi Boleh Masuk Syurga Bila Orang Baik Mengumpatnya” – PU Azman
7 Sep 2020
icon follow us

Allah SWT memberikan peluang yang adil buat kita dan anak-anak. Jika si bapa kurang berada, anaknya tidak semestinya papa. Jika si ibu bijaksana, si anaknya tidak semestinya akan terus berjaya. Kerana itulah Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya, berusaha sebaiknya tanpa putus asa.

Allah yang Maha Adil lagi Maha Kaya memberikan peluang juga ujian yang berbeza buat kita semua. Potensi manusia yang pelbagai ini juga salah satu bukti keagungan Allah SWT, bagaimana hebatnya makhluk ciptaan Allah bernama manusia ini. Lihat sahaja sirah agung Nabi Muhammad SAW.

Walaupun Mekah sebelum kehadiran Islam tidak begitu dikenali di mata dunia seperti Rom dan Parsi, tetapi dengan kuasa Allah SWT sekarang ini seluruh dunia menyaksikan Mekah sebagai pusat awal tersebarnya Islam di zaman Baginda, dan kini dikunjungi jutaan manusia saban tahun untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Banyak juga dapat kita lihat contoh-contoh yang lebih kecil tetapi benar-benar berlaku seperti kejayaan anak nelayan dalam pelajaran dan kerjaya mereka, kecemerlangan anak penoreh getah walaupun hidup serba kekurangan dan bermacam lagi peristiwa yang telah kita perhatikan membuktikan bahawa manusia mampu berjaya, bangkit dari kehidupan yang sukar dengan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang dicitakan dengan izin Allah SWT.

Kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan merupakan sebahagian dari ujian yang Allah SWT berikan kepada kita di dunia, kerana kita tahu bahawa keseluruhan hidup kita adalah ujian. Allah sentiasa mengawasi perbuatan dan kehidupan kita. Sebagai umat Islam kita dituntut untuk berusaha mencapai kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi kebaikan di Akhirat.

Sepanjang perjalanan kita untuk berusaha dalam kehidupan kita, dalam rangka untuk beribadah kepada Allah SWT dan memakmurkan bumi ini dengan keindahan Islam, Allah akan mendatangkan ujian sesuai dengan kemampuan dan keadaan kita. Terkadang kita akan diuji dengan kebaikan atau kejayaan yang menuntut kita bersyukur kepadaNya. Pada masa-masa yang lain, kita juga akan diuji dengan ujian yang sukar dan sedikit kegagalan yang menuntut kita untuk bersabar dengannya.

Justeru, syukur dan sabar ini perlu kita didik dan tanam dalam jiwa kita, keluarga, anak-anak mahupun masyarakat amnya. Janganlah dilihat sedikit kegagalan itu sebagai pengakhiran kehidupan kita mahupun anak-anak. Ini semua ujian buat kita semua. Jangan mudah menghukum anak-anak dengan kata-kata kesat seperti bodoh, pemalas dan sebagainya jika mereka gagal mencapai apa yang diidambakan.

Kerana hidup ini ujian. Mohonlah doa kepada Allah SWT agar kita diberikan kebaikan dan dipelihara diri kita dari ujian-ujian berat yang tidak mampu kita tanggungi. Usahlah dihukum anak-anak kita yang juga manusia, malah darah daging kita kerana kita dituntut untuk mendidik mereka, bukan mengherdik. Kita dituntut untuk membina, bukan menghina. Kita mesti usaha, bukan putus asa.

Semoga Allah SWT berikan hidayah dan taufik-Nya buat kita semua.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kelebihan dan kelemahan anak-anak ujian Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more