Komoros ini Pulau Bulan Islam di Afrika : Pena Hijau

Komoros ini Pulau Bulan Islam di Afrika

Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!
Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!
12 Sep 2020
Bagaimana berada dalam masa yang anda ada?
12 Sep 2020
Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!
Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!
12 Sep 2020
Bagaimana berada dalam masa yang anda ada?
12 Sep 2020
icon follow us

Comoros atau Komoros terletak di Afrika Timur. Ia adalah sebuah negara pulau di Lautan Hindi yang terletak di hujung utara Selat Mozambique, di pinggir pantai timur Afrika. Terdapat empat buah pulau antara Mozambique dan Madagascar, salah satunya (Mayotte) mempunyai status sebagai wilayah luar negara Perancis. Islam merupakan agama rasmi di Komoros. Penduduk Islam di Komoros mengamalkan ajaran sunni dari Mazhab Syafi’i.

Tradisi keterbukaan dan tolak ansur dalam urusan keagamaan di Komoros telah lama wujud sejak zaman dahulu lagi. Penduduk Komoros terkenal dengan kesungguhan mereka mengikuti ajaran Syariah yang menjadi asas kepada sistem perundangan di kepulauan ini.

Menurut cerita lagenda tempatan, dua pemimpin Komoros iaitu Mtswa dan Mwandze telah melawat Mekah di zaman Rasulullah SAW. Mereka telah memeluk Islam dan pulang kembali ke Komoros bersama dengan anak Khalifah Usman r.a iaitu Muhammad r.a. Kubur mereka terletak di bandar Ntsawene.

Satu sumber sejarah bagaimanapun mengatakan bahawa pedagang Arab dan Syeikh Saidi yang telah dihalau dari Parsi yang telah membawa ajaran Islam ke Komoros pada abad ke-8. Apa pun keadaannya Islam telah berakar umbi di Komoros telah menjadi identiti kebangsaan bagi rakyatnya. Malah dikatakan pada zaman penjajahan Perancis undang-undang Islam telah diterima pakai dan tidak diganti dengan undang-undang Sivil.

Nama pulau-pulau ini datang daripada perkataan Arab iaitu al-Qamar yang bermaksud bulan. Pada zaman Ptolemy, dipercayai bahawa terdapat beberapa ‘Gunung Bulan’ di negara ini, yang telah dilukiskan dalam semua peta-peta purba. Sebelum kedatangan Islam, Upacara Bulan telah tersebar luas di kepulauan ini. Islam telah lama dan kukuh bertapak dalam kehidupan rakyat Komoros, tetapi nama lamanya – Jezair al-Aomra atau Pulau Bulan – masih dikekalkan.

Kadang-kadang Komoros juga dipanggil dengan nama Pulau Bulan Kecil dan Madagascar dikenali dengan Pulau Bulan Besar. Sebagai menghargai sejarah purba ini, gambar bulan diabadikan dalam bendera Komoros. Penduduk negara ini merupakan campuran kaum Bantu Afrika dengan kaum Arab dan Iran Shiraz. Maka gabungan budaya berbeza ini begitu istimewa di Komoros.

Ibu kota Komoros iaitu Moroni (yang telah dibina oleh Arab sebagai perantara menuju Zanzibar, kini Tanzania) sangat jelas menggambarkan keunikan gabungan budaya berbeza ini termasuk dari aspek senibina yang terhasil dari budaya Timur hingga ke Afrika. Antara manifestasi gabungan budaya ini ialah lahirnya kepercayaan kepada peranan jin dan makhluk ghaib, yang disambut dengan cuti-cuti umum seperti Mawlid Nabi Muhammad SAW dan Ashura.

Tariqat Shaziliyyah, Qadiriyyah dan Rifaiyyah tersebar luas di Komoros. Tradisi mistik Sufi juga diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat IsIam di Komoros. Sambutan tradisi masyarakat Komoros sering memasukkan unsur-unsur muzik, tarian dan bacaan kisah-kisah keperwiraan yang terkenal.

Bahasa rasmi di negara ini ialah Komoros (sejenis bahasa Swahili), Arab dan Perancis (Komoros kekal sebagai wilayah jajahan Perancis dari 1909 hingga 1975, iaitu tahun kemerdekaan Komoros). Walaupun kepercayaan agama kuat di kalangan masyarakat Islam Komoros, pegangan sekular tersebar luas di  kepulauan ini, terutamanya jika dilihat dari sudut pemakaian penduduk Komoros yang memilihan pakaian Eropah.

Pengurusan pentadbiran hal-ehwal Islam berada di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam. Mufti Komoros, yang dilantik oleh Presiden negara ini, Azali Assoumani, turut berada di bawah kementerian ini. Mufti Komoros terakhir disandang oleh almarhum Sheikh Said Toihir.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Komoros ini Pulau Bulan Islam di Afrika
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more