Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau! : Pena Hijau

Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!

Ciptaan kejadian berpasangan oleh Allah SWT
11 Sep 2020
Komoros ini Pulau Bulan Islam di Afrika
12 Sep 2020
Ciptaan kejadian berpasangan oleh Allah SWT
11 Sep 2020
Komoros ini Pulau Bulan Islam di Afrika
12 Sep 2020
Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!
icon follow us

Macam mana kita nak tahu sama ada lelaki itu sudah berkahwin ataupun belum? Selalunya dengan melihat jari mereka, ada cincin kahwin atau tidak. Selepas melafazkan akad nikah, pasangan akan saling memakaikan cincin ke jari manis.

Tapi, jika dibandingkan antara lelaki dan wanita, lelaki lebih banyak dilihat tidak memakai cincin kahwin mereka. Apa sebabnya mereka tidak memakai cincin kahwin tersebut?

1. Lupa.

Bukan bererti lelaki itu lupa yang dia sudah pun berkahwin. Bagi lelaki apa yang penting adalah perkahwinan itu sendiri dan bukannya cincin. Apabila seorang lelaki sudah berkahwin, 43% dari hidupnya sudah terikat dengan kehidupan baru bersama isteri.

cincin kahwin

BACA JUGA: Hukum Pakai Cincin Selain Jari Kelingking dan Manis, Ramai Masih Keliru Nak Pakai Di Jari Mana!

2. Tak nak tunjuk diri sudah berkahwin.

Ada juga lelaki yang tidak suka menunjuk bahawa dia sudah berkahwin. Bukan kerana mereka nak tunjuk single. Kadang-kadang yang selalu pakai cincin kahwin tu la yang akan curang.

3. Anggap ia hanya sebuah cincin.

Pada awal perkahwinan mungkin lelaki menganggap cincin adalah segalanya. Bagi mereka cincin adalah lambang cinta bersama isteri. Tetapi semakin lama, apa yang penting bagi mereka ialah isteri dan bukannya cincin.

4. Takut isteri akan cedera.

Ni mungkin jadi sebab kenapa lelaki tak pakai cincin kahwin. Mereka takut jika cincin tersebut akan buatkan pasangan mereka cedera ketika dipeluk atau mungkin buat wajah terluka ketika diusap.

5. Takut cincin hilang.

Ni mesti selalu dijadikan alasan oleh setiap lelaki. Bukan kerana tak nak pakai cincin kahwin, tapi kerana ianya terlalu berharga dan takut hilang jika tidak dijaga dengan baik.

6. Tak muat.

Haha.. ini juga boleh jadi sebab. Masa kahwin badan kurus je sebab tak makan kerana nak berjimat untuk kahwin. Tapi bila dah kahwin isteri masak sedap je, memang naik la badan. Cincin pulak tak muat.

BACA JUGA: Benarkah Kalau Lelaki Pakai Cincin Dapat Pahala Setiap Hari?

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Suami Tak Suka Pakai Cincin Kahwin? Inilah 6 Alasannya Isteri Jangan Marah Tau!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more