Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga! : Pena Hijau

Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!

Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020
Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020
Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020
Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020
Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!
icon follow us

Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Tahu. | Bila dah kahwin dilayan bagai puteri raja, disayangi malah serba serbi dicukupkan, sudah tentu menjadi pilihan. Jika nak dibandingkan susah dan senang, tentu sahaja akan bimbang akan masa depan kelak.

Banyak perkara yang perlu difikirkan dalam memilih calon suami ini. Nak-nak dengan keadaan seperti ini, sudah tentu ramai yang memilih nak pasangan yang mampu berikan segalanya dan memiliki masa depan yang cerah.

Nak calon suami yang berwajah tampan dan poket tebal itu sememangnya angan-angan yang tinggi. Malah, lebih tinggi berangan bila mengharapkan seseorang yang bergaji RM5000 ke atas masuk meminang. Berangan tidak salah, tapi anda kena tahu juga baik buruk dalam berkahwin dengan lelaki kaya ini.

suami kaya

BACA JUGA: Inilah 4 Bahaya Berlagak Kaya Sedangkan Gaji Cukup Makan

Jangan nak fikir senang sekarang sahaja sebab tu nak bakal suami kaya, banyak benda lain lagi yang perlu anda fikirkan demi kebahagiaan anda juga. Ingat! Wang ringgit tak boleh beli kebahagiaan.

1. Masa depan yang cerah

Paling seronok apabila semua yang anda mahukan boleh diberi oleh suami. Tidak perlu susah-susah nak kerja dan menguruskan rumah, sudah tentu anda akan diberikan wang ringgit yang cukup setiap bulan berserta dengan seorang pembantu. Yang paling penting kena jaga penampilan dan juga hati suami sahaja. Bukan hanya anda sahaja yang bahagia, anak-anak pun akan turut bahagia jika dalam keadaan ini.

2. Banyak masa terluang bersama

Kerana sudah mempunyai pembantu yang akan menguruskan itu ini, maka anda akan habiskan masa dengan menguruskan suami sahaja. Fokus anda hanya lebih kepada suami anda bukan perkara yang lain-lain. Bolehlah anda habiskan masa bersama, bergurau dan pelbagai perkara lagi.

3. Lebih romantik dan memahami

Hidup penuh dengan kejutan seperti dalam drama ini sememangnya menjadi idaman hati para wanita. Suami beri apa yang anda mahukan, beri kejutan, percutian yang romantik serta lebih memahami membuatkan wanita akan terasa begitu bahagia.

1. Rasa cemburu

Tidak mustahil anda akan mula rasa cemburu dan insecure terhadap pasangan anda. Mana tidaknya, suami kaya biasanya memiliki rupa dan wang ringgit yang menjadi igauan para wanita, sudah tentu akan ada yang menyimpan perasaan terhadapnya. Rasa insecure yang berlebihan ini akan membawa masalah kepada anda.

2. Kurang masa bersama

Walaupun anda berjaya memiliki apa yang anda mahukan iaitu suami kaya, tetapi masa untuk dirinya bersama anda tersangatlah sedikit. Mana tidaknya, sibuk dengan kerjaya dan juga kerjanya membuatkan dirinya tiada masa untuk anda. Itu yang selalu balik rumah lewat.

3. Tiba-tiba perubahan hidup

Hidup ini tidak selamanya di atas, ia ibarat roda yang sentiasa berputar. Mungkin hari ini dia mampu beri anda segalanya, mana tahu esok lusa dia sudah tidak mampu berikan itu semua. Maka dengan itu kenalah hidup bersederhana untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Tak salah nak memilih bakal suami kaya sebagai calon pasangan, tetapi anda perlu tahu juga sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Cari yang sanggup susah senang bersama, itukan lebih seronok.

BACA JUGA :Isteri Boleh Terima Suami Tak Handsome & Tak Kaya. Tapi Jangan Buruk Perangai

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Nak Bakal Suami Kaya Agar Hidup Lebih Terjamin? Ini Baik Buruk Yang Perlu Anda Telan Juga!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more