Nak Warnakan Rambut Sebab Saja-saja Pun Boleh, Tapi Ada Syaratnya : Pena Hijau

Nak Warnakan Rambut Sebab Saja-saja Pun Boleh, Tapi Ada Syaratnya

Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020
Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020
Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020
Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020
Nak Warnakan Rambut Sebab Saja-saja Pun Boleh, Tapi Ada Syaratnya
icon follow us

Nak Warnakan Rambut Sebab Saja-saja Pun Boleh, Tapi Ada Syaratnya | Masih ada yang keliru mengenai hukum mewarnakan rambut selain daripada menggunakan inai.

Persoalan mengenai hukum ini dijawab oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman dan dikongsikan aish_sya di Instagramnya.

Dalam video itu, PU Azman menjawab soalan seorang remaja berhubung hukum solat dan mandi wajib jika mewarnakan rambut.

Menurut PU Azman, hukum mewarnakan rambut sama ada menggunakan inai tradisional ataupun bahan lain hukumnya harus, namun ada syaratnya seperti berikut yang diringkaskan oleh netizen.

Warnakan Rambut

Mewarnakan rambut dengan pewarna tertentu selain hitam adalah dibolehkan dalam Islam. Bahkan ia menjadi sunat jika dilakukan dengan warna inai.

Walau bagaimanapun, bagi kaum wanita pula, mewarnakan rambut tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat keizinan suami. Manakala, bagi wanita yang belum berkahwin, keizinan mereka tertakluk kepada keizinan ibu bapa.

Mereka juga tidak boleh mempertontonkan rambut yang telah diwarnakan itu kepada lelaki yang bukan mahram kerana rambut wanita adalah aurat yang wajib ditutup daripada pandangan lelaki bukan mahram.

Jangan keliru lagi ya.

BACA JUGA: Mengapa Perlu Cukur Dan Timbang Rambut Bayi Ketika Hari Ke 7? Ini Sebabnya

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Nak Warnakan Rambut Sebab Saja-saja Pun Boleh, Tapi Ada Syaratnya
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more