Kelebihan dan kelemahan anak-anak ujian Allah SWT
6 Sep 2020Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020“Orang Itu Mungkin Jahat, Tapi Boleh Masuk Syurga Bila Orang Baik Mengumpatnya” – PU Azman | Salah satu tabiat masyarakat kita adalah suka bercerita tentang keburukan orang. Perbuatan ini dinamakan ‘ghibah’ atau mengumpat.
Tabiat mengumpat atau bercakap tidak baik tentang orang lain ini sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita.
Sesetengah mungkin beranggapan perbuatan mengata orang ini hanyalah sekadar jenaka atau salah satu cara ‘bonding’ dalam kalangan kawan-kawan.
Bukan itu sahaja, pada era moden masa kini, ada juga sebahagian yang suka memuat naik status atau perkongsian di laman sosial, semata-mata untuk memburukkan seseorang individu sehingga kelihatan seperti orangi itu sangat jahat.
Sama ada kita yang mulakan perbuatan mengumpat ini atau sekadar menjadi pendengar sahaja, ia sebenarnya menampakkan akhlak diri kita.
Jika kita sendiri tidak mahu orang bercakap tentang diri kita, maka janganlah kita sesekali membincangkan aib orang lain pada sesiapa pun.
Menerusi laman Instagram, pendakwah bebas PU Azman, pernah membicarakan soal mengumpat dalam salah satu rakaman IG Live-nya
Tidak dapat dinafikan, PU Azman sememangnya antara penceramah yang sangat disenangi ramai ekoran keperibadiannya yang bersahaja namun tetap tegas dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.
Menerusi satu rakaman IG Live yang dibuat beberapa bulan lalu, beliau telah menjawab soalan pengikutnya tentang perbuatan membuka aib dan mengumpat seseorang.
“Kita nampak orang tu jahat, tapi dia masuk syurga sebab ada orang2 baik yang mengumpat dia” Astaghfirullahalazim 😭😭😭 pic.twitter.com/JIqgQk1xay
— Syada Abd (@Syadaabd_) April 7, 2020
Selain itu, PU Azman juga telah memberikan nasihat supaya tidak menilai atau judge orang berdasarkan kisah silamnya. Malah kita disuruh supaya sentiasa bersangka baik dan saling mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain tidak kira orang itu baik atau jahat seperti yang dianjurkan agama Islam.
Tambahan, Please STOP kaitkan amalan orang dengan attitude seseorang! pic.twitter.com/MhWJS6aCFz
— Syada Abd (@Syadaabd_) April 8, 2020
Cebisan daripada rakaman IG Live yang telah dimuat naik pengguna Twitter @Syadaabd_ pada bulan April lalu itu ternyata telah mendapat reaksi positif daripada netizen.
Tinjauan di ruangan reply mendapati rata-rata menjadikan pesanan PU Azman itu sebagai peringatan buat diri mereka sendiri dan tidak menjadikan tiket pahala mengumpat itu untuk terus berbuat jahat.
Ini kerana pada akhirnya, hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai baik buruk seseorang itu.
Antara komen menarik daripada netizen:
BACA JUGA : Doa Memohon Agar Diri Dilindungi Dari Kawan Yang Jahat
Sumber : Kataustaz.com