Roti Canai yang menjadi pilihan ramai : Pena Hijau
Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!
Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!
15 Sep 2020
Apakah Hukum Seorang Muslim Potong Usus Untuk Cepat Kurus, Ramai Kena Tahu!
Apakah Hukum Seorang Muslim Potong Usus Untuk Cepat Kurus, Ramai Kena Tahu!
16 Sep 2020
Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!
Inilah 4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Jangan Terlalu Utamakan Orang Lain Jer!
15 Sep 2020
Apakah Hukum Seorang Muslim Potong Usus Untuk Cepat Kurus, Ramai Kena Tahu!
Apakah Hukum Seorang Muslim Potong Usus Untuk Cepat Kurus, Ramai Kena Tahu!
16 Sep 2020
dreamstime_s_144635110
icon follow us

Menu pilihan ramai, tidak syak tentunya Roti Canai. Roti yang menjadi pilihan hati semua lapisan rakyat di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Mungkin kerana adunannya yang betul dan kebolehan pembuatnya, ia menjadi kesukaan ramai. Roti Canai adalah adunan campuran yang dibuat daripada tepung gandum, telur, air, gula dan garam. Ia kemudian diuli menjadi doh dan diuli hingga lembut.

Roti Canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini sesuai dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Kebiasaanya ia dihidangkan dengan kuah dal atau kari ataupun dengan sambal ikan bilis malah bergantung juga kepada pilihan si pemakannya.

Kini, Roti Canai yang enak mula jadi viral, walau ceruk mana jauhnya pasti akan dicari oleh pengemarnya. Kebiasaan restoran atau warung roti canai dibuka mengikut waktu tertentu. Jadual operasi jualan, ada di waktu pagi dan ada bermula di waktu petang.

Tahukah kita asal perkataan Roti Canai ini ?

Dikatakan bahawa Roti Canai dalam bahasa Melayu bermaksud hasil dari tingkah laku pembuat roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Menurut sumber, ada juga menyatakan perkataan canai asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, iaitu ‘Channal’.

Pada versi yang lain, perkataan ‘Canai’ ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Biarpun rasa dan kesedapannya menjadi pilihan ramai. Roti Canai juga tergolong dalam 10 makanan yang menggemukkan? Sekeping roti canai mengandungi 300 kalori dan kebanyakan rakyat Malaysia akan makan dua keping roti canai sehari dan ini bersamaan 600 kalori.

Menurut Kevin Zahri seorang ahli nutrisi terkenal menyatakan untuk membakar 600 kalori kita perlu berjogging atau berlari menggunakan alatan seperti ‘treadmill’ selama 90 minit.

Nah, sebenarnya boleh sahaja Roti Canai dimakan. Akan tetapi, bukan dijadikan sajian harian itu pun jika sesesekali kita nak menghilangkan jemu dan bosan makanan yang sama. Kenikmatan memakannya perlu dihargai, namun kesihatan kita mesti dijaga.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Roti Canai yang menjadi pilihan ramai
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more