Kesopanan adalah sifat penting – aspek tingkah laku dan berpakaian
1 Oct 2020Hari Jumaat dan amalan sunat
2 Oct 2020Amalkan Doa Ini Untuk Mendapat Jodoh Yang Baik-Baik | Tidak dinafikan jodoh itu salah satu rahsia Allah, ada yang datang cepat dan ada yang berjodoh lambat.
Ada sesetengah yang lebih suka menunggu jodoh itu datang sendiri sehinggalah umur sudah lanjut usia, kawan sekeliling sudah berkeluarga baru lah merasa kesunyian dan sedar jodoh tidak kunjung tiba.
Sebenarnya tidak ada istilah perigi mencari timba di dalam Islam dalam usaha mendapat jodoh, wanita juga sama perlu berusaha untuk mencari jodoh yang baik untuk diri sendiri. Tak perlu menunggu orang yang kita suka untuk memulakan langkah ada baiknya anda juga mengambil langkah memastikan sama ada dia itu betul atau tidak jodoh anda.
BACA JUGA :: Tiada Orang Bujang Di Syurga! Jangan Risau Tak Jumpa Di Dunia Sebab Jodoh Dah Tunggu Di Akhirat
Allahhumma innii uriidu an atazawwaja,
faqaddirlii minannisaa-i, a’affahunna farjan,
wa ah-fazhahunna lii fii nafsihaa wa fii maalii,
wa ausa’ahunna rizqan,
wa a’azhamahunna barakatan,
wa qaddirlii waladan thayyiban,
taj’aluhu khalafan shaalihan fii hayaatii wa ba’da mamaatii
Maksudnya;
“Ya Allah, Sungguh aku ingin menikah. Takdirkanlah untukku perempuan/lelaki yang paling baik dalam menjaga kesuciannya, paling baik dalam menjaga dirinya terhadapku dan terhadap hartaku, paling luas rezekinya, dan paling besar keberkatannya. Dan takdirkanlah untukku seorang anak (beberapa anak) yang baik hingga Engkau jadikan dia keturunan yang soleh semasa hidupku dan setelah kematianku.”
Jika kita ingin mendapat jodoh yang soleh, maka kita harus menjadi orang yang solehah. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS. An-Nur: 26).
Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 :
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
[;]3. Memperbanyakkan ibadah sunnah seperti melakukan solat sunat tahajjud, solat taubat, dan memperluaskan pergaulan dengan orang yang baik-baik akhlaknya dan agamanya.
Dan sebenarnya doa mendapat jodoh yang baik bukan sahaja boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin, sebaliknya bagi yang sudah berkahwin pun boleh membaca doa tersebut dengan harapan pasangan kita diberikan taufik dan hidayah serta berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Sekian sahaja yang sy dapat kongsikan doa untuk mendapat jodoh.. Dipersilakan share..
BACA JUGA :: Inilah 4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur
Sumber : Kataustaz.com