Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling. Punca Anak Zaman Sekarang Jadi Kurang Ajar! : Pena Hijau

Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling. Punca Anak Zaman Sekarang Jadi Kurang Ajar!

Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
7 Oct 2020
dreamstime_s_24673110
Menghadapi kegagalan – bangkit daripada beberapa kali jatuh
8 Oct 2020
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
7 Oct 2020
dreamstime_s_24673110
Menghadapi kegagalan – bangkit daripada beberapa kali jatuh
8 Oct 2020
Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling. Punca Anak Zaman Sekarang Jadi Kurang Ajar!
icon follow us

Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling. Punca Anak Zaman Sekarang Jadi Kurang Ajar! | Antara kegagalan ibu bapa pada hari ini dalam mendidik anak-anak adalah sikap anak mereka yang tidak boleh langsung ditegur oleh orang lain.

Perkara ini dapat dilihat apabila anak sedang buat perangai, ibunya pula akan mempertahankan anaknya dan berkata anaknya langsung tidak salah tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak adalah satu perkara dan tugas yang amat mencabar sehingga terkadang mereka beranggapan ianya satu perkara yang memeningkan kepada.

Tiada seorang ibu atau ayah pun yang inginkan anak-anak mereka dibesarkan dengan menjadi orang yang bermasalah dan gagal dalam segala hal.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, kita harus ingat bahawa zuriat atau anak-anak adalah satu amanah yang diberikan oleh Allah untuk dibentuk dan dijaga sebaik-baiknya. Oleh itu, satu perkongsian untuk direnungkan dan boleh dijadikan iktibar telah dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli untuk tatapan semua ibu bapa.

sikap anak

Anak umpama kain putih bersih dan ibu bapalah yang akan menentukan coraknya. Petang semalam, menemankan anak solehah ke taman permainan. Kelihatan lebih kurang 10 orang anak-anak berumur 7-12 tahun bermain di situ. Sedang menghayunkan buaian Maira sambil mendukung Insyirah. Tiba-tiba kuat suara menerjah.

“Wei babi! Tak boleh pijak pasirlah!”

Jerit seorang kanak-kanak dari atas papan gelongsor.

“Bodohlah perempuan ni. Sakitlah siak!”

Seorang lagi menjerit apabila kawan perempuannya berlari merempuh badannya. Bulat mata ini mendengar perbualan sesama mereka. Rasa tidak percaya pun ada. Tidak enak telinga ini mendengar. Kelihatan tidak padan kata-kata itu keluar dari mulut kanak-kanak seusia itu. Terlalu kasar sikap anak semuda itu!

Kadang-kadang anak-anak akan terikut-ikut apa yang diucapkan oleh mak dan ayah mereka. Paling tersentuh, padahal ibubapa yang menemani turut mendengar kata-kata itu. Namun, mungkin tidak berapa jelas kerana fokus hanya pada handset di tangan. Allahu…ya betul, kadang di rumah puas kita mengajar berkata yang baik, namun bila bercampur gaul, anak-anak ni mudah terikut.

Malamnya pergi ke Tesco untuk membeli pampers anak yang tinggal berbaki dua keping. Suami offer nak beli apa yang dihajati. Katanya sebagai balasan jaga anak. Fuh, alhamdulillah berbunga hati. Terus menolak troli berisi anak-anak solehah ke ruang pastri. Alhamdulillah lengang. Hajat nak beli donut Tesco yang sedap tu.

Alih-alih nampak seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri di hadapan deretan donut, selamba mencolek-colek topping donut & memasukkan ke mulutnya. Dua tiga topping ‘selamat’ dirasanya.

“Adik, jangan buat macam tu..”

Spontan mulut ini menegur.Semua anak harus diajar tentang adab ketika makan. Wallahi, tak perasan langsung ibunya rupanya ada tidak jauh dari situ memerhati. Sangka saya, akan ditegahnya anak itu. Namun sebaliknya pula berlaku. Bukan sahaja tidak ditegur perbuatan anaknya, sebaliknya patik pula dijelingnya.

MasyaAllah, ampun! Saya terus menolak troli menjauhi. Cuba senyum pada si ibu, tapi si ibu mengalih pandangan ke arah lain. Dipanggilnya anak itu untuk memilih cupcakes. Terbiarlah donut yang telah ‘disentuh’ itu begitu sahaja. Allahu.. terus hilang selera nak ber-donut.

Dua peristiwa ini menjadi iktibar untuk diri ini sebagai seorang ibu yang mempunyai dua amanah yang besar ini. Anak-anak ibarat kain putih. Kitalah ibubapa yang mencorakkan sikap anak ini apabila dewasa kelak. Sesuatu perbuatan jika dibiasakan akan menjadi tabiat.

Tabiat yang telah sebati dalam diri akan membentuk akhlak anak-anak. Perbuatan salah anak-anak perlu ditegur. Ya memang penat kerana sekali tegur takkan terus menjadi. Namun, tetap tugas ibubapa, hal yang salah perlu dibetulkan.

Sayang bagaimanalah kita kepada anak, yang batil tetap batil, hak tetap hak. Jangan kerana kita biarkan perbuatan salah, menyebabkan anak berfikir apa yang dilakukannya itu adalah benar dan menimbulkan sikap anak yang tidak elok.

Maka, apabila kemudiannya kesalahan itu ditegur orang luar termasuklah guru, jiran, mak/pak saudara, sudah tidak lagi dapat ‘diserap’. Tambahan pula jika ibubapa tetap bermatian menyokong si anak.

Saya menulis ini berpesan pada diri saya sendiri. Tugas kita sebagai ibubapa ini amat berat. Bukan sekadar bagi makan, pakai & belikan segala kehendak anak.

Bahkan yang paling penting ialah, ‘sentuhan’ tarbiyyah kita kepada anak-anak yang bakal diwaqafkan untuk masyarakat, bangsa, agama & negara.

Apakah dengan sikap anak kita sekarang kelak menjadi generasi yang memberi manfaat untuk agama atau sekadar menjadi beban kepada masyarakat, & tentu menjadi beban kepada kita di dunia & akhirat.

Iya, jangan lupa, segalanya akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah termasuk sikap anak kita.

Astaghfirullah.
Allahumma islih dzuriyyati.

BACA JUGA :: Jangan Tegur Isteri Depan Anak-Anak, Ini Sebabnya Suami Kena Tahu

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling. Punca Anak Zaman Sekarang Jadi Kurang Ajar!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more