Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid? : Pena Hijau

Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?

Muslim woman hijab and friend at the gym doing cardio exercises
Nasihat yang membantu meningkatkan keimanan kita
8 Oct 2020
Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat
Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat
10 Oct 2020
Muslim woman hijab and friend at the gym doing cardio exercises
Nasihat yang membantu meningkatkan keimanan kita
8 Oct 2020
Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat
Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat
10 Oct 2020
Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?
icon follow us

Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid? | Mungkin masih ramai yang tidak mengambil berat tentang hukum harta pusaka atau wasiat harta peninggalan yang akan diwarisi oleh waris terdekat atau pun bukan waris. Biasanya ia mengaitkan ahli keluarga, adik-beradik dan juga sanak saudara mengikut faraid yang telah ditetapkan.

Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati yang mempunyai harta alih dan juga harta tidak alih seperti duit, caruman KWSP, wang insurans, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Manakala, harta tak alih pula ada seperti rumah, tanah, lombong, sawah dan sebagainya. Namun, adakah masyarakat kita hari ini memahami hukum pembahagian harta pusaka? Twitter

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Boleh atau tidak harta peninggalan si mati dibahagi secara rata dalam kalangan adik beradik tanpa mengikut faraid?

Jawapan

Ilmu faraidh pada Syarak bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/273)

Hukum pusaka atau harta peninggalan ini telah disyariatkan dalam Islam dan telah dinaskan oleh al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulama’. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

(Surah al-Nisa’: 7)

Ayat-ayat berkenaan pusaka di dalam al-Quran jelas mengesahkan bahawa pusaka adalah disyariatkan. Begitu juga hadith-hadith Nabi SAW berkenaan isu ini. Antaranya ialah, Rasulullah SAW bersabda:

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِىَ فَهْوَ لأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Serahkanlah harta-harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, serahkanlah kepada kaum keluarga lelaki yang terdekat.”

Riwayat al-Bukhari (6351)

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (3/284-286), antara lain menyebut: “Pelaksanaan hukum pusaka adalah wajib. Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ ulama’. Ia sama seperti hukum berkenaan sembahyang, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib dilaksana dan diamalkan. Tidak harus diubah atau diabaikan sekalipun ia telah lama disyariatkan.

Ia merupakan syariat Allah yang Maha Bijaksana dan Terpuji. Ia memelihara kepentingan semua orang. Walaubagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka lebih baik, namun undang-undang Allah SWT tetap merupakan undang-undang yang terbaik.

Allah SWT berfirman:

تِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٣﴾ وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Maksudnya: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

(Surah al-Nisa’: 13-14)

BACA JUGA :: Sebelum Berniat Menuntut Faraid, Ingat Satu Tanggung Jawab Ini. Ramai Lupa Diri

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, kami tegaskan bahawa apa yang Allah putuskan sudah tentu mempunyai hikmah tersendiri. Terkadang-kadang tercapai oleh akal kita dan kadang-kadang di luar jangkauan akal kita. Justeru, amat perlu seseorang memahami apa yang telah diputuskan oleh Allah.

Kami cadangkan perkara pertama apabila berlaku kematian, mulakan dengan urusan yang membabitkan harta peninggalan si mati mengikut apa yang telah ditetapkan oleh para ulama’. Antaranya:

Akhir kata, suka kami tegaskan, ramai dalam kalangan kaum keluarga pada asalnya sanggup untuk pembahagian sama rata harta peninggalan, tetapi selepas itu dek kerana sesuatu perkara, merasa tidak puas hati dan berlakulah tuntutan demi tuntutan sehingga membawa ke mahkamah.

Semoga jawapan yang kami kemukakan ini mendapat perhatian yang sewajarnya dalam berinteraksi dengan harta pusaka atau harta peninggalan si mati. Kami berdoa kepada Alah, semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اِتِّبَاعه وَأَرِنَا الْبَاطِل بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابه وَلَا تَجْعَلهُ مُتَلَبِّسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Semoga perkongsian dan penjelasan tentang harta peninggalan atau harta pusaka dari Mufti Wilayah Persekutuan ini akan menambahkan lagi pengetahuan anda yang masih tidak tahu tentang hukum sama ada perlu mengikut faraid atau tidak. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

BACA JUGA :: 10 Perkara Ini Suami Perlu Sedia Untuk Isteri, Sementara Hayat Masih Ada.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more