Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat : Pena Hijau

Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat

Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?
Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?
9 Oct 2020
halal moscow
Prinsip Islam dan konsep makanan yang halal
10 Oct 2020
Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?
Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?
9 Oct 2020
halal moscow
Prinsip Islam dan konsep makanan yang halal
10 Oct 2020
Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat
icon follow us

Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi diri kita yang banyak dosa, kena memohon ampun daripadaNya, bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa.

Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat 1(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)

4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.

5.Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.

6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.

Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat 2Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.

7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

Astaghfirullahal’adziim atau:

Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat 3

Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.

9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.

Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah semasa solat sunat taubat ni.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita mati..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada AllaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa. Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;

BACA JUGA :: Inilah Amalan Doa Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat 4

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah melakukan solat sunat taubat, bagi membersihkan diri yang banyak dosa.Caranya mudah, dan paling penting bersungguh-sungguh meminta keampunan agar taubat kita diterima hendaknya.

Sumber: Nuremyliya Abdullah

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more