Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita : Pena Hijau

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita

ID 131512562 © Chernetskaya | Dreamstime.com
Kesopanan adalah sifat penting – aspek tingkah laku dan berpakaian
1 Oct 2020
Old iranian Muslim praying Tahajjud in Mosque
Hari Jumaat dan amalan sunat
2 Oct 2020
ID 131512562 © Chernetskaya | Dreamstime.com
Kesopanan adalah sifat penting – aspek tingkah laku dan berpakaian
1 Oct 2020
Old iranian Muslim praying Tahajjud in Mosque
Hari Jumaat dan amalan sunat
2 Oct 2020
Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita
icon follow us

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita | Adatlah bila dah berumah-tangga, perselisihan faham tu ibarat perkara yang sudah boleh dihadam bagi kebanyakan pasangan suami isteri.

Bila bergaduh, sudah tentu kita saling mencari jalan bagaimana hendak menenangkan atau memujuk pasangan kita betul tak?

Memujuk isteri atau suami adakalanya lebih sukar kerana masing-masing mempunyai ego, ia tidak semudah memberi sejambak bunga ros seperti zaman-zaman bercinta dahulu.

Ada banyak cara sama ada dengan pengetahuan dan ilmu yang baik ataupun ada mengambil cara mudah dengan menggunakan jampi pengasih yang tidak elok untuk pasangan. Seeloknya janganlah sampai kita mengainaya pasangan sendiri dengan ilmu pengasih yang tidak elok.

Justeru, kekuatan mental amat diperlukan bahkan pasangan suami isteri seharusnya bijak mengawal emosi agar tidak bertelagah secara keterlaluan sehingga menjatuhkan talak atau mencederakan.

Salah satu amalan dalam rumah tangga ringkas yang boleh kita ramai-ramai praktikan adalah dengan menggunakan ayat dari Al-Quran dan bukannya jumpa bomoh minta minyak pengasih.

BACA JUGA :: Suami Isteri Nak Bahagia Bersama, Tolong Sama-Sama Jangan Buat 7 Perkara Ni.

jampi pengasih

Selain doa Nabi Yusuf, ini kami kongsikan beberapa potong ayat dari surah Al-Quran yang boleh dimanfaatkan untuk melembutkan seterusnya buat pasangan lebih mengasihi kita.

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 1

Maksudnya:“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 2

Maksudnya:“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 3

Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita 4

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

Antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa.

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Inilah Jampi Pengasih Dari Al-Quran Untuk Buat Suami Sayang Pada Kita
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more