Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur

Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam.

Businessman waiting with patience for meeting.
Anda dan sesi temuduga – beberapa tips
3 Oct 2020
Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja? Sehingga Tidak Mampu Memberi Nafkah
Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja? Sehingga Tidak Mampu Memberi Nafkah
5 Oct 2020
Businessman waiting with patience for meeting.
Anda dan sesi temuduga – beberapa tips
3 Oct 2020
Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja? Sehingga Tidak Mampu Memberi Nafkah
Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja? Sehingga Tidak Mampu Memberi Nafkah
5 Oct 2020
Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam.
icon follow us

Inilah Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam. | Anda semua maklum, kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca Surah 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian disusuli dengan membaca Ayatul Qursi dan beberapa amalan lain jika mampu membacanya.

Sekurang-kurangnya hendaklah kita amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur.

Malah dalam amalan rawatan Islam antara surah yang sering dibaca ialah surah 3 Qul selain dari Ayatul Qursi dan Ayat Seribu Dinar kerana amalan ini mampu menjauhkan diri kita dari gangguan syaitan selain dari membersihkan hati dan permudahkan segala urusan seharian.

Cara-Cara :

  1. Ketika kita berada di tempat tidur, seeloknya dalam keadaan duduk, sambil menadah kedua tangan, bacalah surah 3 Qul yang dimulai dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sehingga habis.
  2. Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.
  3. Jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, sebagai Ibu atau bapa anda boleh sahaja membaca surah 3 Qul tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada seluruh badan anak.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya :

“Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa salam ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Nas)”

Ditempat tidur sambil duduk, baca surah 3 Qul (diawali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah 3 Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.

Untuk anak-anak yang masih kecil, Ummi atau Ayah boleh baca surah 3 Qul, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruhan badan anak.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya :

“Nabi shollallahu ‘alaihi wa salam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Nas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Inilah Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur, Jangan Lupa Amalkan Setiap Malam.
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more