Kelebihan mengamalkan ‘Basmalah’ dalam kehidupan : Pena Hijau

Kelebihan mengamalkan ‘Basmalah’ dalam kehidupan

dreamstime_s_160557741
Kebaikan meluahkan perasaan
25 Oct 2020
dreamstime_s_118990220
Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT
26 Oct 2020
dreamstime_s_160557741
Kebaikan meluahkan perasaan
25 Oct 2020
dreamstime_s_118990220
Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT
26 Oct 2020
dreamstime_s_57975368
icon follow us

‘Basmalah’ ialah ungkapan bagi Bismillah ar-Rahman ar-Rahim. Ungkapan ini mempunyai 19 huruf. Islam amat menggalakkan umatnya agar mengamalkan bacaan basmalah dalam setiap permulaan pekerjaan. Dalam ungkapan ini terdapat 3 nama Allah SWT iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim.

Firman Allah SWT yang maksudnya:

“Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.”

(Surah al-An’am, ayat 118)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Rahsia basmalah (19 huruf), sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia! Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).”

(Surah al-Muddatthir, ayat 27-30)

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.

(HR Ibn Mas’ud )

Antara kelebihan amalan bacaan basmalah ialah: 

Sesiapa yang mengamalkannya memperoleh keberkatan yang berlipat ganda. Basmallah diucapkan ketika hendak memulakan setiap perkara yang bermanfaat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkatan-Nya.”

(HR AbuDaud, Ibn Majah, an-Nisaii dan Ibn Habban)

Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Penghalang antara mata jin dan aurat bani Adam, apabila salah seorang dari mereka melepas pakaiannya, ialah dengan membaca Bismillah”.

Ketika Khalid bin Walid ditimpa kebimbangan, mereka berkata kepadanya, “Berhati-hatilah dengan racun, jangan sampai orang asing memberikan minum padamu,” maka ia berkata, “berikanlah kepadaku” dan ia pun mengambil dengan tangannya dan membaca bismillah, lalu ia meminumnya. Maka sedikitpun tidak memberikan bahaya kepadanya.

Bagi pengamal basmalah, hidupnya akan berkat dan segala perbuatannya dimudahkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, bacaan basmalah perlulah dijadikan sebagai amalan harian kita, setiap kali hendak memulakan sebarang pekerjaan, kerana hikmatnya amat besar. Semoga kita sentiasa dilindungi dari gangguan  dan mendapat kesejahteraan daripada Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kelebihan mengamalkan ‘Basmalah’ dalam kehidupan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more