Kepulauan Zanzibar – penyebaran Islam melalui perdagangan
22 Oct 2020Keutamaan dan ganjaran solat
23 Oct 2020Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Sebgai seorang khalifah di bumi ini, adalah tanggungjawab kita untuk manyampaikan dakwah islam. berdakwah adalah menyeru ke arah kebaikan. Mama nak share kat sini tentang Kemuliaan Berdakwah.
Kemuliaan Berdakwah
عن أبى رافع قال , قال النبى صلى الله عليه وسلم لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ على يَدَيْكَ رَجُلاً خَيرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيهِ الشَّمْسُ وَغَرَبَتْ
Daripada Abi Rafi dia berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Jika ditunjukkan seorang manusia mengikuti jalan Allah melalui daya usahamu, ia adalah lebih baik daripada bersedekah dengan semua harta benda dari naik matahari sehingga terbenam matahari (HR At-Tabroni No: 18250)
Kesimpulan hadith:
1. Tugas setiap Muslim adalah mencontohi Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain.
2. Tanggungjawab berdakwah, mengajak orang lain kepada jalan Allah dan menjauhi kemungkaran adalah tugas yang mulia yang ganjarannya lebih baik daripada dia bersedekah semua hartanya dari matahari naik hingga terbenam.
3. Dalam hadis yang lain, daripada Sahal bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهَ بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
Demi Allah, bila ada satu orang saja yang mendapat petunjuk melalui dirimu maka itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta-unta merah (semulia-mulia harta orang Arab) “. (HR Bukhari No: 2724)
4. Tugas berdakwah ini tidak terhad kepada orang tertentu sahaja, tetapi ia menjadi tanggungjawab bersama setiap umat Islam
Marilah merebut peluang untuk menyampaikan dakwah dalam pelbagai penjuru dan relong di dalam masyarakat. Semoga ia menjadi amal soleh yang berterusan apabila kita meninggal dunia.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor.
Sumber : Mamapipie.com