Kepulauan Zanzibar – penyebaran Islam melalui perdagangan : Pena Hijau

Kepulauan Zanzibar – penyebaran Islam melalui perdagangan

dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT
22 Oct 2020
Kemuliaan Berdakwah
23 Oct 2020
dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT
22 Oct 2020
Kemuliaan Berdakwah
23 Oct 2020
dreamstime_s_32315528
icon follow us

Kepulauan Zanzibar – penyebaran Islam melalui perdagangan – tahukah anda bahawa Kepulauan Zanzibar ini telah menjadi antara pusat perdagangan terkenal pada zaman dahulu selain memiliki sejarah warisan Islam yang menarik?

Kepulauan Zanzibar adalah sebuah kepulauan yang terletak di Lautan Hindi di pesisir timur benua Afrika. Ia merupakan sebuah pulau yang dimiliki oleh negara Republik Tanzania. Ini lima fakta ringkas berkenaan Kepulauan Zanzibar, Republik Tanzania.

Ramai yang tersalah anggap bahawa Zanzibar adalah sebuah pulau sahaja. Namun, sebenarnya Zanzibar adalah sebuah kepulauan yang terdiri daripada beberapa buah pulau utama dan pulau kecil.

Terdapat dua buah pulau utama iaitu Pulau Unguja yang dikenali ramai sebagai Zanzibar, dan juga Pulau Pemba.

Selain daripada dua pulau utama ini, terdapat beberapa buah pulau kecil lain iaitu Latham, Mafia, Bawe, Changuu, Chumbee, Mnemba dan lain-lain lagi.

Kedatangan para pedagang dan juga kelompok imigran ke pulau ini telah menyebabkan kesan langsung keatas budaya dan agama penduduk asal pulau ini. Pada suatu masa dahulu, ia menjadi antara pelabuhan entrepot penting untuk pedagang Arab dari dan ke benua Afrika.

Sejak daripada itu, ramai daripada penduduk asal pulau ini telah memeluk agama Islam, dan kini agama Islam telah menjadi agama yang paling dominan di pulau ini.

Jika anda berkunjung ke Stone Town, anda boleh melihat pelbagai jenis bangunan kediaman lama yang mempunyai pengaruh kuat ciri dan seni bina Islam pada zaman dahulu.

Selain itu, Zanzibar juga pernah dikenali dunia sebelum ini disebabkan oleh statusnya sebagai kepulauan rempah. Salah satu daripada sumber perekonomian yang utama selain sektor pelancongan ialah penanaman rempah.

Anda boleh melihat ladang-ladang rempah seperti lada hitam, bunga cengkih, kayu manis dan buah pala yang banyak terdapat di pulau ini. Oleh kerana itu, Pulau Zanzibar dianggap sebagai hub rempah benua Afrika.

Bahasa rasmi bagi penduduk di Pulau Zanzibar ialah bahasa Swahili. Namun, ramai juga daripada penduduk mereka yang berkemampuan bercakap dengan menggunakan bahasa Arab dan juga Inggeris.

Selain daripada tiga bahasa tersebut, ada sesetengah daripada penduduknya yang bertutur dengan menggunakan bahasa Itali bahkan Perancis.

Kemampuan mereka bertutur dalam pelbagai bahasa bukanlah satu yang pelik kerana sejarah kepulauan ini yang pernah menjadi pelabuhan entrepot pada zaman dahulu.

Tahukah anda, perkhidmatan televisyen berwarna di Afrika telah diperkenalkan buat pertama kalinya di pulau ini pada tahun 1973. Pada ketika itu, rancangan televisyen hanya memaparkan rancangan TV dengan menggunakan bahasa Swahili dan Inggeris sahaja.

Setelah itu, perkhidmatan televisyen berwarna ini mula memasuki beberapa negara Afrika yang lain iaitu Mauritius, Nigeria dan Ivory Coast.

Kepulauan Zanzibar adalah salah satu contoh bagaimana perdagangan telah menjadi salah satu cara penyebaran Islam yang berkesan. Jika Tanah Melayu mempunyai Melaka sebagai contoh kaedah penyebaran Islam melalui perdagangan, Zanzibar adalah contoh terbaik bagi benua Afrika.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kepulauan Zanzibar – penyebaran Islam melalui perdagangan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more