Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
7 Oct 2020Menghadapi kegagalan – bangkit daripada beberapa kali jatuh
8 Oct 2020Sejuk perut ibu mengandung bila lihat anak sendiri pandai mengaji seawal usia dari kecil. Pasti ada cara dan teknik tertentu yang boleh diamalkan agar anak pandai dan suka mengaji. Menurut perkongsian oleh Puan Nurkhomsiah Bakrim, sebenarnya mak ayah boleh ajar anak sendiri sampai pandai mengaji dengan mengikut 10 tip ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
Ibu bapa perlukan motivasi untuk mengajar sendiri anak pandai mengaji. Motivasi tertinggi yang boleh dijadikan pegangan ialah maksud sabda Rasulullah S.A.W;
“Sesungguhnya, orang yang paling terbaik antara kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
Jika perlu, tampal ayat motivasi ini di tempat yang senang dilihat sebagai self-reminder.Kemudian, pilih seorang idola yang terbukti berjaya. Saya bersyukur dan bertuah, ibu saya sendiri adalah guru mengaji pertama kami 5 beradik. Kesabaran dan kesungguhan ibu sangat membuat saya terinspirasi.InshaaAllah..
Dengan motivasi dan inspirasi, diri akan lebih bersemangat dan bersabar dalam mendidik. Pada masa yang sama, didikan mengaji diletakkan sebagai priority dalam kehidupan. Kesibukan urusan lain tidak seharusnya dijadikan alasan.
I love a saying goes, “Nobody is too busy. It’s just a matter of priority.
BACA JUGA :: [Video]Budak Perempuan Mengaji Sambil Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat!
Pendidikan terbaik ialah melalui teladan. Di rumah, perlu wujud budaya al-Quran sehingga anak-anak bermula bayi sudah terbiasa melihat al-Quran dan mendengar bacaannya.Automatically, mereka sedang install mindset bahawa mengaji al-Quran adalah kepentingan dalam kehidupan. InshaaAllah, sampai satu tahap mereka jadi berminat untuk belajar mengaji kerana pendedahan awal yang sangat positif.
Ikut pengalaman, mengajar mengaji anak kedua lebih mudah berbanding anak sulung kerana sikapnya yang suka meniru si kakak. Bak kata Ummi PROFAZZ, “Corak didikan pada anak pertama sangat mempengaruhi didikan anak-anak seterusnya. Abang Long atau Kak Long is the trendsetter.”
Tetapkan masa yang sesuai dalam sehari yang menjadi rutin mengaji bagi anak-anak di rumah. As working parents, kami memilih masa antara Maghrib dan Isyak sebagai exclusive time for kids. Si Ayah sangat berdisiplin
menetapkan peraturan “No Gadget & No TV At Night.” Selepas mengaji dan solat Isyak, anak-anak diajak masuk tidur.Masa mengaji lebih fleksibel pada hujung minggu atau public holidays.
Ya, tentu ada juga ‘cheat days’. Anak-anak tidak dapat mengaji seperti biasa kerana faktor kesihatan (ibu/anak), balik kampung, pergi bercuti dan emergency. Sungguhpun begitu, rutin ialah 90% perkara sama yang kita lakukan secara berulang-ulang hampir setiap hari. Sebenarnya, anak-anak kecil sangat sukakan rutin. Sampai satu tahap, saya terharu bila kami sedang travel dalam kereta, anak sendiri akan cakap “Eh, Mommy! Hari ni kita tak sempat mengaji la.”
Satu fail khas disediakan bagi setiap anak untuk merekod perkembangan mereka sendiri dalam pembelajaran Agama dan Akademik termasuk bab belajar mengaji al-Quran. Anak-anak melihat sendiri progress pembelajaran
mereka dengan menampal stickers comel pada columns yang sesuai.Anak-anak sudah tahu impian dan cita-cita mereka untuk tamat belajar membaca empat buku Al-Furqan sebelum memulakan naskah al-Quran. Teknik ini boleh menjadi benchmark untuk memotivasikan ibu dan anak untuk terus konsisten, Inshaa Allah.
Setiap anak itu mempunyai characteristics, types of children dan learning preferences yang tersendiri. Banyakkan membaca dan cari kreativiti dalam mendidik.Ibu bapa seharusnya menjadi individu yang paling mengenali sikap dan cara belajar berkesan bagi setiap anak. Tiada umur yang specific untuk anak bermula mengaji al-Quran. (Rujuk semula Point No. 2)
Mewujudkan roh mengaji itu paling utama supaya sampai masa terbaik mental readiness seorang anak kecil untuk bermula. Walaupun begitu, ada masa kita perlu juga bersikap tegas dalam kelembutan. Maksudnya, menetapkan masa untuk bermain, masa belajar dan masa berehat. Bukan mengikut 100% kehendak anak.
Contohnya;
“Kakak nak tengok video Omar & Hana kan? Jom, Mommy ajar satu muka surat Al-Furqan dulu. Sekejap je ok.”
Banyak pilihan alat bantu mengajar mengaji al-Quran di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik berdasarkan maklumat yang betul dan keperluan. Kami memilih Set Al-Furqan kerana tertarik dengan first impression cover page 4 tahap buku yang warna-warni. Setiap muka surat buku berwarna pink dan terdapat gambar-gambar dalam Buku 1 yang menarik minat anak-anak kecil yang baru hendak bermula.
Alat bantu mengajar ini adalah tetap sepanjang tempoh belajar mengaji. Diletakkan di tempat yang anak-anak mudah nampak dan capai. Bila minat sudah ada, pasti kita terkejut dan bersyukur anak sendiri yang akan ambil buku mengajinya dan ajak ibu bapa mengajarnya.
Pendedahan video mengaji boleh dijadikan antara usaha terawal ibu bapa untuk memupuk sikap mahu belajar mengaji. Kanak-kanak kategori visual dan auditory juga sangat berminat dengan kaedah ini. Belajar mengaji tidak kelihatan terlalu formal. Video boleh sahaja dipasang semasa anak-anak sibuk bermain atau ketika travel dalam kereta (jika ada VCD player). Anak kategori kinestatik yang suka bergerak pula mungkin lebih sesuai menggunakan flash cards untuk permulaan belajar mengaji.
Keyakinan diri dan motivasi anak boleh meningkat dengan pujian dan penghargaan. Hargai setiap kejayaan kecil anak yang baru pandai mengaji.
Contohnya;
“Alhamdulillah, pandainya kakak mengaji ! Dah sampai buku 3. Siapa bagi kakak pandai mengaji? —> ALLAH “
Letakkan target yang relevant dan berjanjilah reward yang mampu dikotakan. Contohnya, “Adik nak baby playset macam Himmah (sepupu) tu ye? Lepas Adik pandai mengaji sampai page 5, inshaa Allah Mommy belikan nanti.”
Pentingkan kualiti berbanding kuantiti.Rasulullah S.A.W berpesan, amalan terbaik dilakukan sedikit tetapi berterusan. Konsep ini juga sesuai diaplikasikan dalam mendidik anak pandai mengaji. Tiada paksaan. Sedikit demi sedikit secara konsisten dan penuh kesabaran.Jika anak bermula sedikit lambat pun terus berikan dorongan. It’s always better late than never. Jangan malu anak lambat bermula. Malulah jika anak langsung tidak bermula.
Yakinlah, doa seorang ibu itu sangat dahsyat. Maka, teruslah berdoa dengan yakin suatu hari nanti anak itu bukan sahaja mampu mengaji al-Quran dengan baik tetapi juga menjadi Pencinta Al-Quran yang baik akhlaknya. Tiada daya kekuatan melainkan segalanya terjadi dengan izin Allah. Sesungguhnya, Allah menilai usaha. Natijahnya, Allah tentukan sama ada di dunia & di akhirat.
Semakin kita berkorban, semakin kita bahagia. Mendidik anak mengaji perlukan pengorbanan jiwa, masa dan tenaga. Alangkah indahnya jika Allah rezeqikan anak itu pandai mengaji berkat usaha tanpa jemu ibu bapa yang melahirkan dan membesarkannya.
Proses mengajar sampai pandai mengaji ini adalah muhasabah pengajar al-Quran sendiri untuk terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan ikhlas, inshaa Allah.
“AL-QURAN ITU CAHAYA DI ALAM KUBUR, MOTIVASI BUDAYA AL-QURAN TERUS SUBUR.”
Semoga perkongsian mengajar anak pandai mengaji ini bermanfaat dalam mendidik anak suka mengaji diawal usia. Kongsikan juga sebagai panduan buat mak ayah yang lain.
Sumber: Nurkhomsiah Bakrim
BACA JUGA :: 16 Strategi Mesti Dilakukan Supaya Anak Jadi Hafiz Al-Quran
Sumber : Kataustaz.com