Membesarkan anak remaja dengan kaedah Islam
12 Oct 2020Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi.
14 Oct 2020Dalam senarai dosa-dosa besar, menfitnah dan mengumpat dan menfitnah adalah antara yang teratas. Mereka yang melakukannya berasa seronok sehingga tidak boleh berhenti. Oleh itu, ada baiknya kita mengetahui betapa hina dan tercelanya perbuatan tersebut. Nabi Muhammad SAW telah dengan jelas mentakrifkan tanpa keraguan tentang perbuatan fitnah dan bercakap belakang atau mengumpat.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.” (Hadis riwayat Muslim, 2589)
Mengumpat dan memfitnah menyekat perasaan kasih sayang dan membawa kepada permusuhan. Maka apakah perkara yang lebih buruk daripada menggantikan perasaan cinta dengan kebencian? Apakah yang lebih buruk daripada memukul orang yang tidak bersenjata? Dia yang difitnah itu tiada di situ dan tidak boleh memberi penjelasan.
Sekiranya tujuan kita adil, kita mesti menyatakan di hadapannya dan jangan sesekali mengata di belakangnya. Inilah sebab mengapa memfitnah dan bercakap belakang ditentang keras dalam al-Quran. Terutama kerana telah menjadi kebiasaan bagi kita serta bukan masalah besar dan ia juga salah satu cara untuk memuaskan hati membalas dendam terhadap seseorang yang telah menyakiti kita.
Ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati, kerana al-Quran menegah perkara ini. Perbuatan mengumpat dan menfitnah dikutuk dan dihina dalam Islam. Satu-satunya pengecualian tentang bercakap belakang dan menfitnah adalah dengan laporan yang sah tentang pelaku kesalahan yang harus dibuat kepada pihak berwajib.
Dalam kes ini, tidak ada lagi istilah bercakap belakang hanya apabila kita melaporkan fakta dan menjauhi khabar angin. Allah SWT menetapkan bukan sahaja memerangi pengumpat dan penfitnah secara senyap-senyap tetapi memerangi mereka secara terang-terangan. Apabila kita mendengar seseorang menfitnah orang lain di hadapan kita, kita mesti berdiri untuk membela orang tersebut.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(HR al-Bukhari)
Begitulah jijiknya perbuatan mengumpat di sisi Allah SWT. Demikianlah kehendak-Nya agar kita menemui jalan yang benar. Dan janganlah kita berasa jemu untuk berusaha, kerana Allah SWT tidak akan memberi ganjaran kepada orang yang mengumpat dan memfitnah, tetapi dengan menghina dan juga akan menghukum mereka yang melakukannya.
Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)
Sumber : Salam Web Today