Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi. : Pena Hijau

Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi.

dreamstime_s_142885528
Perspektif Muslim – mengumpat dan menfitnah
13 Oct 2020
dreamstime_s_189002622
Tuntutan poligami – keseronokan atau keadilan?
14 Oct 2020
dreamstime_s_142885528
Perspektif Muslim – mengumpat dan menfitnah
13 Oct 2020
dreamstime_s_189002622
Tuntutan poligami – keseronokan atau keadilan?
14 Oct 2020
Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi.
icon follow us

Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi. | Setelah emak meninggal dunia, ayah kebiasaannya hilang punca maklumlah selama ini tinggal berdua dan hidup diurus isteri. Kehilangan isteri buatkan kehidupan seorang suami apatah lagi di usia emas cukup berbeza.

Jadi bila emak meninggal izinkan saja ayah kahwin lain jika dia berkeinginan, anak memang tak faham erti sunyi. Bayangkan anak-anak tidak mampu berada di sisi atau beri perhatian pada ayah 24 jam seperti seorang isteri.

Oleh itu jangan ditahan keinginan seorang ayah kahwin lain jika dia ingin mencari teman dan teman itu bukanlah pengganti arwah emak kita. Tiada siapa pun mampu mengganti tempat emak kita selamanya.

Ikuti perkongsian Puan Ana Balqis ini mengenai isu ayam kahwin lain dan hadam baik-baik ya:

Selepas emak meninggal ayah kahwin lain? Soalannya, salahkah? Sekarang, mari selami isu ini dengan merujuk kepada dua kes yang dekat dengan Kak Engku.

Dalam dua minggu ini, dua orang kawan perempuan Kak Engku bercerai. Kenapa bercerai? Mungkin kalian boleh kata jodoh sampai situ saja. Ya, itu boleh diterima tetapi tentu ada sebab juga, kan?

Jadi, ayuh kita lihat dua kes ini.

Dua-dua kawan Kak Engku ini (awal 50-an), menikah dengan duda ada beberapa anak. Kedua-dua kawan Kak Engku itu belum pernah menikah sebelumnya.

Alasan menikah, tua-tua ini elok menikah, ada kawan berbual. Sakit demam ada teman mengadu. Itu kata anak beranak, sahabat handai.

Ada kawan berbual? Ya, mungkin betul dan mungkin tidak. Betul pada yang dapat suami dan keluarga yang sama-sama berhasrat membahagiakan dengan bagi ayah kahwin lain.

Tetapi, dua kes Kak Engku ini, hampeh. Anak-anak tiri tak boleh terima dia langsung bila ayah kahwin lain. Makanan dimasak tak diusik. Siap bagi amaran, barang dalam rumah jangan diubah disentuh.

Malah dicarut dimaki hamun ibu tiri. Depan ayah, semua kelihatan baik. Padahal anak-anak tiri ada degree weh. Bukan tak sekolah.

Pabila kawan Kak Engku minta suaminya nasihati anak-anak, dia pula yang kena marah konon tak boleh bertolak-ansur. Suami tetap percaya, anak-anaknya baik semua.

Tetapi Kak Engku percaya kawan ini kerana pernah sekali, dekat rumah Kak Engku kawan itu hulurkan makanan kepada anak tirinya.

Mak aih, jeling pun tidak apatah lagi menjamah. Mata tak beralih dari telefon di tangan. Anak tiri itu, cikgu yang sudah berusia 30-an bukan budak 3 tahun!

Bukan cuma kerenah anak-anak tiri yang menentang perkahwinan mereka tetapi bekas ipar duai suaminya dan adik-beradik suami juga membuatkan beliau tawar hati untuk teruskan perkahwinan lalu memilih untuk kembali bersendiri.

“Macam mana nak tua bersama kalau macam ni? Aku boleh sakit jantung.” Adunya kepada Kak Engku suatu hari.

Dipendekkan cerita, mereka bercerai. Cerita kawan sorang lagi, lebih kurang sama juga.

Ok, kali ni Kak Engku nak bagi tazkirah biawak kepada anak-anak yang tak setuju ayah kahwin lain selepas emak meninggal.

Eh, Kak Engku nak tanya anak-anak yang tak suka ayah kahwin lagi dan yang tergamak kata ayah gatal, sudah tua-tua tapi masih hendak menikah itu. Soalan Kak Engku, awak faham erti sunyi dan sebab ayah kahwin lain?

Awak boleh nampak hati orang tua? Belum campur keperluan biologi dia. Awak ada masa nak teman ayah hari-hari?

Ayah Kahwin Lain

Kenapa kejam sangat kata itu, ini pada insan yang sudah sedaya-upaya penuhi kehendak awak dari tapak kaki sebesar dua jari sampai jadi manusia macam sekarang. Kalau dia menikah baru pun, dia mintak duit anak-anak ke?

Awak sendiri telefon tak lepas tangan. Nak berhibur, huha… huha… dengan kawan, kekasih atau pasangan serta anak-pinak. Reti pulak awak mintak dilayan.

Nak bermanja dengan anak bini sedangkan ada makhluk Allah yang sepatutnya awak hargai, makan hati kerana awak tak bagi dia menikah.

Dan, awak tak nak pun duduk dengan orang tua sama ada di kampung atau di bandar sebab pasangan awak tak suka mentua ada dalam rumah sebab dia kata orang tua menyekat kebebasan.

Namun awak berkeras hendak mereka duduk dengan awak. Alasan, awak kerja, tak ada masa nak balik kampung selalu.

Awak tahu macam mana traumanya orang tua duduk dengan anak menantu yang tak reti nak jaga hati dia? Sentuh itu tak boleh buat ini salah.

Bukan kebebasan kalian yang terganggu tetapi kehidupan mereka yang terbelenggu. Selalu makan hati sebab dia rasa dia menumpang.

Rumah itu rumah orang. Rumah dia buruk atau kecik pun, itu rumah dia. Dia bebas buat apa saja. Kebebasan itulah kebahagiaan. Faham tak?

Pusing kiri kanan pun, kesimpulan yang dapat dibuat, sebenarnya awak takut harta ayah jauh ke tangan ibu tiri. Sadis!

Dah ada degree sampai dapat kerja elok, harta ayah juga yang ditamakkan. Jelas, ijazah tidak mencerdikkan akal malah membuatkan kalian makin pintar membikin tipu daya semata-mata untuk rebut harta pusaka. Memalukan!

Kesimpulannya, kepada gadis yang masih solo jangan teruja sangat nak menikah dengan duda beranak-pinak. Atau yang konon berhasrat mencari kawan sama-sama ke masjid.

Esok-esok nikah tak sampai sekali mengundi alih-alih jadi ‘mantan isteri’ orang. Elok suka ria hidup, terjatuh ke gaung kemurungan. Itu tak masuk lagi yang tiba-tiba suami sakit jantunglah, darah tinggi kencing manis.

Elok awak tidur 6 jam tanpa gangguan sebelum tu, kena pulak jaga orang sakit. Jadi misi tak berbayar. Anak-anak dia lepas tangan sebab awak sudah ada.

Dulu ada pembantu rumah digaji untuk bapa, sudah diberhentikan sebab katanya awak sudah ada. Jadi, awak tu apa? Misi tak bergaji dan pembantu rumah percuma. Gitulah lebih kurangnya. Tak berbaloi langsung.

Itu belum masuk kiranya awak pun berduit. Bergaji tetap, berpencen. Silap-silap, duit ringgit atau harta awak pulak kena sailang!

Sekian. Harap anak-anak yang takut sangat harta bapa jatuh ke tangan ibu tiri tu bila ayah kahwin lain, Kak Engku nak pesan satu je, ingatlah mati esok awak bawak kain putih saja.

Sekian, wassalam.
Foto : pulut berinti.

BACA JUGA :: Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Bila Emak Meninggal, Izinkan Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi.
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more