Perubatan Islam – berlandaskan syarak, tawakal kepada Allah SWT : Pena Hijau

Perubatan Islam – berlandaskan syarak, tawakal kepada Allah SWT

dreamstime_s_118990220
Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT
26 Oct 2020
dreamstime_s_170137321
Salahuddin al-Ayyubi – pahlawan, penakluk dan pemimpin Islam
28 Oct 2020
dreamstime_s_118990220
Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT
26 Oct 2020
dreamstime_s_170137321
Salahuddin al-Ayyubi – pahlawan, penakluk dan pemimpin Islam
28 Oct 2020
dreamstime_s_115737445
icon follow us

Artikel ‘Perubatan Islam – berlandaskan syarak, tawakal kepada Allah SWT’ akan melihat kepada jenis perubatan bagaimana yang dimaksudkan dalam Islam. Di Malaysia, walaupun dunia sudah semakin moden, masyarakat kita masih percaya terhadap perubatan tradisional. Namun, kadangkala disebabkan kepercayaan yang terlalu tinggi, masyarakat menurut sahaja tanpa mengira adakah perubatan tersebut berlandaskan syariat yang telah ditetapkan Islam.

Amalan pemakaian tangkal dan pelindung tertentu masih lagi diamalkan sedangkan amalan ini dilarang sekeras-kerasnya oleh Islam. Pengamal-pengamal perubatan ini sesekali menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dalam bacaan jampi mereka bagi meyakinkan perubatan mereka berlandaskan Islam.

Allah SWT tidak mengurniakan sebarang kelebihan kepada sesiapa di dunia ini untuk mengubati seseorang  dengan tangkal dan juga bacaan jampi. Tangkal tidak mempunyai sebarang perkaitan dalam proses merawat dan memulihkan seseorang daripada penyakit.

Islam menggariskan panduan dalam menentukan samaada sesuatu perubatan itu berlandaskan syarak ataupun tidak. Sesuatu perubatan dibolehkan selagi mana tidak menggunakan sebarang bahan dan unsur yang diharamkan. Ini berdasarkan sebuah hadis yang tekah diriwayatkan oleh Usamah Ibnu Shuraik r.a.

Seorang Badwi bertanya: “Ya Rasulullah, bolehkah kita tidak merawat penyakit?”

Nabi Muhammad SAW menjawab: “Rawatilah penyakit, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit melainkan DIA menciptakan penawarnya, kecuali satu penyakit.”

Mereka bertanya: “apakah penyakit itu, ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Penyakit tua.”

Mendapatkan rawatan bukanlah sesuatu yang ditegah, tetapi bertepatan dengan konsep tawakal iaitu berserah kepada Allah SWT. Sepertimana apabila lapar dan dahaga kita akan berusaha untuk makan dan minum. Untuk pulih dari sesuatu penyakit, kita perlu berusaha menjalani rawatan ataupun mengambil sesuatu ubat.

Dalam kehidupan masa kini, perubatan moden boleh disekalikan dengan perubatan Islam. Dalam Islam, terdapat ayat-ayat rukyah yang telah diajar untuk digunakan bagi merawat penyakit, khususnya penyakit yang tidak boleh dikesan dan juga dirawat oleh perubatan moden.

Kedua-dua perubatan ini boleh digabungkan dan digunakan selagi mana ianya bertepatan dengan hukum yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Muslim, kita perlulah berlandaskan syariat Allah SWT dan mengikuti sunah Rasulullah SAW.

Seharusnya mereka yang percaya perubatan moden tidak boleh menolak perubatan Islam seperti terapi rukyah dan begitu juga sebaliknya. Kedua-dua jenis perubatan ini haruslah disepadukan agar umat Islam dan masyarakat dunia mendapat kebaikan. Apapun nikmat sihat dan ujian sakit itu terjadi dengan izin Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Perubatan Islam – berlandaskan syarak, tawakal kepada Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more