Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun : Pena Hijau

Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun

Anak Anak Cakap Perkataan Tak Elok? Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan
Anak Anak Cakap Perkataan Tak Elok? Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan
6 Oct 2020
Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!
Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!
8 Oct 2020
Anak Anak Cakap Perkataan Tak Elok? Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan
Anak Anak Cakap Perkataan Tak Elok? Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan
6 Oct 2020
Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!
Susah Diawal Perkahwinan Perkara Biasa, Usaha Perbaiki Pendapatan Ubah Kehidupan Rumahtangga!
8 Oct 2020
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
icon follow us

Tiap-tiap Malam Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun | Setiap dari kita sudah pasti mengharapkan syurga apabila berada di Negara Abadi. Namun, kita sebagai umat Islam, kita telah diingatkan untuk menyediakan bekalan menuju ke akhirat kelak.

Salah satu cara untuk membersihkan diri adalah dengan bertaubat kepada Yang Maha Esa. Melalui ceramah agama oleh Ustazah Asma’ Harun, beliau menegaskan terdapat talian hayat yang boleh membantu ke syurga. Apakah talian hayat tersebut?

“Ciri-ciri orang yang bertaubat adalah hatinya mencintai selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sebab dia takut sangat di akhirat kelak, dia tak ada jalan lain nak ke syurga.

Bila kita sebut nama Nabi Muhammad SAW dalam selawat ke atas Nabi SAW merupakan talian hayat kita nak masuk syurga. Nabi Muhammad SAW berkata sangat rugi jika umat Islam tidak berselawat sebab itu adalah talian hayat kita nak masuk syurga.

Mungkin ketika di akhirat kelak, nauzubillah, bila kita tengok pahala solat kita ditolak, tak dapat satu pun, ketika kita melihat tak ada satu pun pahala puasa kita diterima Allah SWT semuanya ditolak sebab ini disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, Nabi bersabda “Betapa ramai orang yang berpuasa tak dapat apa-apa pahala daripada puasa Ramadannya selain lapar dan dahaga semata-mata,”.

amalan

Kita yang hidup 60 tahun mungkin dah 50 kali jumpa bulan Ramadan. Nauzubillah, bila dihisab di akhirat kelak, bakinya adalah kosong. Ramadan pertama kosong, Ramadan kedua kosong dan seterusnya. Betapanya ramainya maksud hadis tersebut bermakna hanya sedikit sahaja pahala umatNya yang diterima pahala puasanya.

Sama juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Betapa ramai orang yang solat malam, tapi tidak ada apa-apa pahala baginya melainkan letih dan mengantuk,”.

Ini bukan tahap solat lima waktu, ini tahap solat malam seperti tahajjud, taubat dan sebagainya. Dia tak tinggal solat lima waktu tetapi bangun malam untuk qiamullail.

Sebab itu kita tidak boleh menerima amalan kita sendiri. Sudah beramal, yakin Allah SWT terima segala amalan kita, nauzubillahiminzalik.

Begitu juga dengan amalan sedekah kita. Apabila dihisab kelak segala amalan sedekah kita tak diterima oleh Allah SWT mungkin sebab ada unsur riak, takabbur dan ujub. Kita buat baik tetapi tak diterima oleh Allah SWT.

Ketika itu satu-satunya TALIAN HAYAT kita untuk masuk ke syurga Allah SWT adalah melalui jalan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sebab para ulama mengatakan, satu amalan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT walaupun dilakukan tanpa khusyuk, terpaksa, lalai ataupun tanpa ikhlas adalah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Mungkin sebab dia dipaksa datang oleh majikan untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul, dalam perarakan disuruh untuk berselawat, maka dia pun berselawat juga. Walaupun secara terpaksa tetapi tetap pahala.

Sebab itu, kalau amalan kita semua ditolak oleh Allah SWT, kita ada satu talian hayat dengan syarat orang yang sangat mencintai selawat. Bukan sekadar selawat, membilang selawat tapi hatinya mencintai selawat bahkan kalau ada satu hari dia tertinggal selawat yang telah dijadikan amalan membuatkan dia tak boleh tidur malam, hati tak tenang kerana sudah sampai masa dia mencintai selawat.

Siapa yang ada ciri-ciri mencintai selawat ini yang mana dia ada rutin selawat, jumlah yang tertentu yang dia tak pernah lalai setiap hari mesti konsisten. Kita ada tak sampai tahap itu?

Kalau kita baca kisah seorang Sultan yang bernama Sultan Abdul Hamid, dia punya amalan sebelum tidur setiap malam 1000 kali selawat ke atas Nabi SAW. Ada satu malam dia tertinggal untuk selawat, Rasulullah SAW muncul dalam mimpi orang lain pergi minta hutang dengan dia.

Dia tanya apa sebab kamu minta hutang dengan aku sebab aku tak pernah berhutang dengan kamu, jawabnya, malam tadi Rasulullah SAW muncul dalam mimpi aku, Rasulullah SAW berkata engkau telah terhutang dengan Rasulullah SAW, dia terus menangis.

Sebab dia kata malam tadi aku terlalu penat sehingga aku tertidur tanpa aku melunaskan amalan aku yang biasa iaitu berselawat ke atas Nabi SAW 1000 kali. Sampaikan Nabi SAW merindukan, mencari dan menanti selawat. Agak-agak Nabi SAW tunggu tak selawat dari kita?,” akhirinya.

Sumber: FB Koleksi Ceramah Pilihanku – Ustazah Asma’ Harun

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Selalu Bangun Qiamulaail Tapi, Semua Amalan Ditolak. Baca Perkongsian Ustazah Asma Harun
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more