Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita : Pena Hijau

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

dreamstime_s_176597199
Mertua sebagai ibu bapa – suami isteri dan rumah tangga
20 Oct 2020
dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT
22 Oct 2020
dreamstime_s_176597199
Mertua sebagai ibu bapa – suami isteri dan rumah tangga
20 Oct 2020
dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT
22 Oct 2020
Wanita Dalam Tempoh 'Iddah', Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita
icon follow us

Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai mati. Iddah hanya dikenakan kepada golongan wanita sahaja bagi tujuan memuliakan wanita Islam itu sendiri.

Iddah adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu (akan) dikahwininya.

Selain itu, iddah juga merupakan tempoh dalam memberi ruang kepada pasangan untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta tindakan mereka, seterusnya membuka peluang untuk mereka rujuk dan berbaik semula.

Sebab wajib iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
#1- Perceraian pasangan semasa hidup
#2- Kematian suami

Setiap bahagian iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh iddah seseorang wanita tersebut. Pengiraan iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

Talak raj’e ialah talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah

“Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.”
Surah al-Talak:1

BACA JUGA :: HAK Isteri Selepas Bercerai, Tanggungjawab Suami BUKAN Ketika Hidup Bersama SAHAJA

Talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

iddah

*Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan pada tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Ini juga tidak bermakna berkabung dengan mengabaikan kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah. Manakala Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more