5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan : Pena Hijau

5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan

dreamstime_s_67821930
Salah guna kuasa dan gejala rasuah musuh negara
7 Nov 2020
dreamstime_s_183510627
Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik
9 Nov 2020
dreamstime_s_67821930
Salah guna kuasa dan gejala rasuah musuh negara
7 Nov 2020
dreamstime_s_183510627
Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik
9 Nov 2020
5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan
icon follow us

BERKAHWIN bunyinya seronok sebab pahala mudah tapi hakikat sebenar hanya diketahui oleh orang yang mengalaminya sahaja. Benarlah kata orang tua, berat mana memandang berat lagi bahu yang memikul. Bahkan, kehidupan berumah tangga diumpamakan bahtera yang belayar di tengah lautan.

Jika cekap nakhodanya, selamatlah pelayaran tersebut sekalipun berhadapan ombak yang bergelora. Demikianlah juga situasinya dalam berumah tangga. Suami ibarat nakhoda yang bertanggungjawab memastikan sepanjang perjalanan menuju ke destinasi berada dalam keadaan selamat dan tidak memberi kesan yang buruk kepada penumpangnya.

Inilah perumpamaan sebuah rumah tangga walaupun ia hanya sebuah bangunan yang terdiri daripada atap, lantai, dinding dan struktur yang dibangunkan. Namun jika asas tapaknya tidak kukuh pasti akan mendatangkan musibah yang merosakkan. Bahkan, mengakibatkan penghuninya sentiasa dalam ketakutan dan dilanda kebimbangan.

Sebagai ketua dalam rumah tangga, suami bertindak sebagai pembuat keputusan keluarga. Namun, bukan semua keputusan itu dibuat dengan kuasa yang ada. Suami perlulah mempunyai kebijaksanaan untuk membuat pertimbangan dalam semua aspek keperluan keluarga.pahala mudah

Sebagai contoh tentang penyediaan nafkah keluarga. Suami bertanggungjawab menyediakan kemudahan asas untuk keluarga. Bahkan ada ketikanya bukan hanya melibatkan isteri dan anak-anak sebaliknya keluarga kepada isteri yang dikahwini, khususnya ibu dan bapa mentuanya.

Itu belum lagi melibatkan ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik, ipar-duai dan juga saudara jauh dan dekat. Walaupun kedengaran berat apa yang perlu dipikul oleh seorang suami namun jika betul pengurusannya ia akan mendatangkan kebahagiaan kepada semua.

Realiti di alam rumah tangga, suami mahu atau tidak, perlu melakukan sesuatu perkara dengan pertimbangan yang wajar. Ia merangkumi pergaulan dengan isteri dan ahli keluarga dengan cara yang terbaik. Sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: Gaulilah isterimu dengan cara yang baik, kemudian jika tidak menyukai mereka (isteri) maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak. (an-Nisa’: 19)

Sementara hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan: Sesempurna iman seseorang mukmin ialah apabila ia paling baik akhlaknya dan lemah lembut kepada isterinya.” Kedua- dua sumber ini menyebut, melakukan kebaikan kepada isteri itu menjadi pengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang di sisi Allah SWT.

Bukan itu sahaja, suami diperintahkan oleh Allah agar berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri dan keluarga seperti mana dalam kisah di atas. Walaupun isteri bekerja dan mempunyai hartanya sendiri, suami tidak boleh mengabaikan pemberian nafkah tersebut kerana isteri mempunyai hak terhadapnya disebabkan ketaatannya kepada suami.

Ketaatan isteri pula bukanlah semata-mata mengikut apa sahaja yang diperintahkan oleh suaminya walaupun suruhan itu bertentangan dengan kehendak Allah dan agama. Jika suami menyuruh isteri melakukan perkara yang dilarang dan berbentuk maksiat, isteri ada hak untuk menolaknya dengan hikmah. Apatah lagi dalam soal akidah.

Jadi dalam menjadikan rumah di dunia ini syurga buat pasangan berkahwin dan memperolehi pahala mudah, bolehlah amalkan:

1. Bergurau Senda Bersama Isteri dan Anak
“Segala sesuatu yang dijadikan permainan oleh anak Adam adalah bathil, kecuali tiga perkara, melepaskan panah dari busurnya, latihan berkuda, dan senda gurau (mula’abah) bersama keluarganya, kerana itu adalah hak bagi mereka.”
(HR. Ath-Thabrani dalam Al-Kabir , Silsilah As-Shahihah no. 309) (8/7).

2. Pahala Mudah Bila Suami Isteri Bergenggaman Tangan
“..Manakala suaminya merengkuh telapak tangannya (diremas-remas), maka berguguranlah dosa-dosa suami-isteri itu dari sela-sela jari-jemarinya.”
(Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi’ dari Abu Sa’id Al-Khudzri r.a.)

BACA JUGA: Kisah Pedagang Kaya dan Empat Isteri

3. Membantu Pekerjaan Isteri di Rumah
Al-Aswad bin Yazid bertanya kepada Aisyah, “Apa yang biasa dilakukan Nabi SAW. di dalam rumah?” Aisyah menjawab, “Beliau biasa membantu pekerjaan isterinya. Bila tiba waktu solat, beliau pun keluar untuk mengerjakan solat”.
[H.R. Bukhari]

4. Pahala Mudah Apabila Suami Membelai Isteri
“Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami (para isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam di situ.”
(HR. Abu Dawud)

5. Mendapat Pahala Mudah Dengan Saling Memandang antara Satu Sama lain.
“Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan istrinya dan istrinya memperhatikan suaminya,” kata Nabi SAW menjelaskan, “Maka Allah memperhatikan mereka berdua dengan perhatian penuh rahmat.”
(Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi’ dari Abu Sa’id Al-Khudzri r.a.)

Rasanya memang tidak sukar untuk mendapatkan pahala mudah dengan 5 tip yang kami kongsikan ni. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Hargailah Isteri Kalau Dah Kahwin, Jangan Berlagak Macam Bujang

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more