7 Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Rezeki Diberkati. : Pena Hijau

7 Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Rezeki Diberkati.

Isteri Dibenarkan Memohon Cerai Dari 9 Situasi Ni, Tiada Istilah Tidak Bau Syurga
Isteri Dibenarkan Memohon Cerai Dari 9 Situasi Ni, Tiada Istilah Tidak Bau Syurga
5 Nov 2020
Kalau Nak Ipar Duai Mesra Macam Kawan Kawan, 3 Pantang Larang Ini Jangan Dilanggar
Kalau Nak Ipar Duai Mesra Macam Kawan Kawan, 3 Pantang Larang Ini Jangan Dilanggar
7 Nov 2020

icon follow us

Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Keluarga Terpelihara. | Walaupun sumber kita membeli beras adalah melalui wang yang halal, namun bertambah elok jika kita amalkan adab ketika memasak. Rezeki yang dijamu dan kita suapkan kepada seisi keluarga menjadi lebih berkat dan membawa seribu kebaikan.

Salah satu makanan ruji kita adalah nasi. Justeru, kami berikan panduan untuk anda amalkan ketika memasak nasi supaya hidangan nasi menjadi lebih berkat. Sekali gus memelihara keluarga melalui pemakanan.

Memasak Nasi1. Seeloknya sebelum mula memasak nasi kita dalam keadaan bersih dan berwuduk. Berwuduk menjadikan kita lebih tenteram dan tidaklah memasak dalam keadaan marah. Jika sedang marah pun, hati akan rasa sejuk sikit apabila ada anggota badan yang terkena air.

2. Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan. Walaupun anda seorang yang kidal, cubalah sedaya upaya untuk membasuh beras menggunakan tangan kanan. Jadikan ianya sebagai tabiat atau habit. Insya-Allah anda akan dipermudahkan dan dapat menyediakan nasi yang lebih berkat untuk keluarga.

3. Basuh beras dengan menghala arah lawan jam atau arah tawaf. Ini sebagai mengambil kebaikan daripada cara pusingan yang dianjurkan oleh Islam dalam ibadat haji dan umrah.

4. Sambil membasuh beras bacalah “Laisa la ha min dunillahi katsyifah” maksudnya “Tiada penyembuhan selain daripada Allah

5. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau selepas anda yakin beras sudah bersih.

6. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.” – At-Tarmizi

7. Satu lagi doa yang bagus diamalkan ketika membasuh beras adalah “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini sehingga menjadi nasi.

Jadi, selepas ni elok korang amalkan adab-adab memasak nasi ni supaya hidangan menjadi lebih berkat dan bermanfaat ya. Semoga doa diterima Allah.

BACA JUGA :: Petua Mengenai Beras Yang Jarang Diketahui Umum

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

7 Adab Memasak Nasi Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Rezeki Diberkati.
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more