Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Degil, Melawan Cakap

Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

dreamstime_s_186772809
Anak istimewa – didikan dan latihan
3 Nov 2020
dreamstime_s_148509366
Lima cara merapatkan hubungan anak dan ibu bapa
4 Nov 2020
dreamstime_s_186772809
Anak istimewa – didikan dan latihan
3 Nov 2020
dreamstime_s_148509366
Lima cara merapatkan hubungan anak dan ibu bapa
4 Nov 2020
20201104 ayat penunduk anak degil
icon follow us

Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa | Ramai ibu bapa mahukan ayat penunduk supaya anak-anak mereka yang degil boleh menjadi anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Di Darussyifa’, ramai ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan dengan ayat penunduk. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu bapa. Caranya seperti berikut :

  1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
  2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
  3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
  4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
  5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
  6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
  7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
  8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibubapanya.

Daripada pengamatan dan kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibubapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah dan minta ayat penunduk untuk anak, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut :

بِسْمِ اللهِ اَللّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Maksudnya : Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Doa-doa ayat penunduk untuk anak degil yang disarankan oleh Islam

Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut. Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.

ٱللَّهُ لَطِيفٌۢ بِعِبَادِهِۦ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْعَزِيزُ ١٩

Maksudnya : Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

(Surah Asy-Syuraa : 19)

Sebelum memulakan rawatan ayat penunduk untuk anak ini, ibubapa perlu mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.

Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.

Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.

Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh “jurang generasi”.

Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.

Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga? Berapa kali kita membaca Quran bersama-sama?

Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan ke mana mereka selalu pergi.

Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.

Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi, Selawat Syifa sebanyak tujuh kali. Kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa di bawah.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ٢٠٠

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Surah Ali ‘Imran : 200)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more