Berapa Nilai Pemberian Perlu Bagi, Bukan Ditentukan Orang Tua Sebaliknya Ikut Kemampuan Anak : Pena Hijau

Berapa Nilai Pemberian Perlu Bagi, Bukan Ditentukan Orang Tua Sebaliknya Ikut Kemampuan Anak

Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
19 Nov 2020
dreamstime_s_179933523
Gambaran akhlak Muslim: adab berbicara dalam Islam
20 Nov 2020
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
19 Nov 2020
dreamstime_s_179933523
Gambaran akhlak Muslim: adab berbicara dalam Islam
20 Nov 2020
Berapa Nilai Pemberian Perlu Bagi, Bukan Ditentukan Orang Tua Sebaliknya Ikut Kemampuan Anak
icon follow us

Berapa Nilai Pemberian Perlu Bagi, Bukan Ditentukan Orang Tua Sebaliknya Ikut Kemampuan Anak | Bab duit ini menjadi isu sensitif sampai bila-bila, tak kiralah pada isteri mahupun orang tua. Isteri dan anak-anak itu kewajipan, orang tua pula jika berkemampuan itulah baru betul.

Namun jika orang tua memang kurang berkemampuan, jatuh sakit dan hanya bergantung kepada anak-anak.

Bawalah berbincang dengan adik-beradik sama-sama usahakan untuk memberi sejumlah wang. Ingat bukan kita seorang, masih ada adik-beradik lain.

Berapa nilainya perlu bagi bukan ditentukan orang tua, sebaliknya ikut kemampuan anak. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami penjelasannya.

“Kalau kau bagi dekat isteri kau 300 sebulan, dekat mak kau kena bagi 500”

“Mak yang melahirkan kau, jadi mak tak boleh dapat sama nilai macam isteri kau dapat”

Nilai berapa ringgit seorang anak perlu bagi pada orang tuanya bukan ditentukan oleh orang tuanya…

Tapi kemampuan anak. Zaman sekarang ini, ramai sebenarnya yang tak faham akan turutan menafkahi. Bila tak faham, maka dia akan rasa terbeban dalam menjadi seorang suami dan juga seorang anak.

Ditambah dengan pendapatan yang cukup makan, maka dia rasa tertekan untuk memenuhi tuntutan. Tak akan nak bangkang dan lawan cakap mak?

BACA JUGA :: Aturan Nafkah, Jangan Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Keluarganya

Nanti jadi anak derhaka pula… Maka dikurangkan pemberian kepada isteri atau tidak diberi langsung kepada isteri sebab nak bagi sepenuhnya kepada mak…

Boleh ke tak? Boleh selagi isteri redha, selagi dia tidak menuntut dan selagi dia boleh cari duit sendiri untuk beli kelengkapan diri…

Jika melebihkan orang tua sehingga menganiaya isteri dan anak-anak? Maka belajar dan ikutlah semula aturan menafkahi bagi seorang suami…

Bermula dengan diri sendiri, isteri, anak-anak, bapa kemudian mak… Suami wajib memastikan keperluan dirinya sendiri mencukupi sebelum membelanjakan duitnya kepada orang lain…

Bayar hutang, bayar bil utiliti, bayar yuran anak, bayar roadtax dan insurans kereta, beli barang dapur, penuhkan keperluan-keperluan yang wajib ada untuk isteri guna dan anak-anak makan…Nilai Pemberian

Jika ada lebih, baru bagi pada orang tua. Namun adalah lebih baik sekiranya kita mampu untuk mengawal perbelanjaan diri sendiri dan perbelanjaan keluarga supaya setiap bulan kita dapat mengasingkan satu nilai yang mampu diberi kepada orang tua kita…

Tak terlalu banyak sehingga membebankan diri dan tak terlalu sedikit sehingga tak dapat digunakan orang tua. Ingat, kita masih ada adik-beradik yang lain…

Maka, jangan letak tanggungjawab memberi duit itu sepenuhnya ke atas diri kita seorang sahaja…

Kita perlu mencari persetujuan bersama dengan adik-beradik yang lain tentang perkara ini… Kumpulkan duit adik-beradik, dan bagi pada orang tua untuk kegunaan harian mereke dengan nilai pemberian yang dipersetujui.

Bagi yang tidak mampu memberi nilai pemberian dalam bentuk wang ringgit, boleh balik ke kampung, tolong buat kerja rumah, kemas rumah mereka, uruskan diri mereka, bawa mereka keluar makan, keluar jalan-jalan dan gembirakan mereka…

Pendek kata, berbakti dengan kudrat jika tak mampu dengan harta benda. Akhir kalam, isu nilai pemberian duit ini merupakan satu isu yg sensitif… Baik di pihak orang tua mahupun isteri…

Ikut fitrah, ikut ketetapan dan teruskanlah berusaha mencari rezeki yang halal untuk membahagiakan orang di sekeliling kita…

Semoga kita dimurahkan rezeki… AMIN…

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Berapa Nilai Pemberian Perlu Bagi, Bukan Ditentukan Orang Tua Sebaliknya Ikut Kemampuan Anak
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more