Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri : Pena Hijau

Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri

labo médo
Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia
18 Nov 2020
Pelihara Hak Jalan
20 Nov 2020
labo médo
Hidup bersama virus COVID-19: lambang adaptasi manusia
18 Nov 2020
Pelihara Hak Jalan
20 Nov 2020
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
icon follow us

Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri | Sejak kebelakangan ini, segenap media sosial dibanjiri dengan pelbagai ragam mengenai kisah rumah tangga. Namun jika diteliti, kebanyakannya mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Lebih teruk lagi, semakin banyak khabar angin yang didengar berkisahkan penganiayaan terhadap golongan wanita. Perkara ini semestinya menjadi kerisauan dalam masyarakat, apalagi kerana isteri merupakan individu yang banyak berjasa kepada suami dan anak-anak.

Prihatin dengan isu berkenaan, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin ada memuat naik satu rangkaian kata yang wajar dijadikan peringatan buat para suami. Mengulas lanjut, dia seolah-olah memberi gambaran betapa hebatnya naluri seorang isteri.

BACA JUGA :: Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

kenal suami

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa mereka mungkin lebih mengenali suami berbanding ibu bapa kandungnya sendiri. Mana tidaknya, pelbagai rutin harian telah dilakukan bersama-sama. Bahkan, ada beberapa sisi lain dalam diri lelaki yang hanya diketahui oleh isteri sahaja selepas mendirikan rumah tangga.

Ajaibnya seorang isteri ini kerana,

“Dia lebih mengenali siapa suaminya berbanding ibu kandung suami sendiri…”

Walaupun dia tu hidup baru setahun dgn kita, baru sekatil dan sebantal dgn kita, tp percayalah, dia kenal suami luar dalam…dia tahu perangai kita yg org tua kita sendiri pun xtahu…

Bila kita diam, dia tahu kita ada masalah…
Bila kita gelabah, dia tahu kita ada buat salah…
Bila kita baik semacam, dia tahu kita nak sesuatu…
Bila kita balik keje tak senyum, dia tahu kita tertekan…
Bila kita bwk HP masuk tandas, dia tahu kita ada skandal…

Dia bleh baca setiap emosi dan body language pasangannya…kita tak panggil dia utk kongsi masalah pun, dia sendiri yg dtg suruh kita luahkan…kita xbgtau tadi keje kena marah pun, dia sendiri yg dtg tenangkan hati kita…kita xbgtau yg kita tgh xde duit pun, dia sendiri yg dtg hulurkan bantuan…

Itu ajaibnya isteri kita…

Dia kenal suami nya siapa dan apa yg diperlukan suaminya…dia tahu apa yg berlaku di sebalik setiap gerak geri dan tingkah laku yg suaminya tunjukkan…

Jujurlah dgn isteri…

Tak perlu berbohong, tak perlu berselindung kerana lambat laun dia akan tahu jgak apa yg kita cuba sembunyikan drpd pengetahuannya…
Itulah isteri kita…org yg sgt memahami dan menyayangi diri kita…😁

Tambahnya, wanita sememangnya arif dalam membaca isi hati suami walaupun ia tidak ditonjolkan melalui riak wajah atau bahasa tubuh. Ekoran itu, pemuda ini menasihati golongan lelaki di luar sana agar jangan sesekali cuba untuk memb0h0ngi mereka kerana perkara itu pasti diketahui kelak.

Mengakhiri coretan panjang itu, dia berharap para suami boleh bersikap jujur dan lebih menghargai insan yang dianggap terlalu istimewa dalam sesebuah bahtera perkahwinan kerana isteri lebih kenal suami mereka bukan kawan baik atau ahli keluarga.

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jujurlah.. Isteri Lebih Kenal Suami Berbanding Ibu Bapa Kandungnya Sendiri
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more