Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah : Pena Hijau

Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah

Covid-19 concept chômage, jeune, travailleur, masque
Ego dan pentingkan diri: virus yang mengatasi COVID-19
24 Nov 2020
Ibrah daripada Kemusnahan Kota Pompeii
Ibrah daripada kemusnahan Kota Pompeii
28 Nov 2020

Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah. Assalamualaikum, salam hari Jumaat yang penuh barokah. Semoga kita sentiasa menjadi lebih baik di setiap Jumaat yang mendatang. Baik dari fizikal, baik dari segi mental, baik dari segi rohari dan juga jasmani. Mama sentiasa doakan semua yang berkunjung ke blog mama agar sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan baik dan masuk syurga semuanya. Amin..

Harini mama nak share hadith tentang Cara Mendekatkan Diri (Taqarub) Kepada Allah. Jom baca.

Taqarub Kepada Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Daripada Abu Hurairah RA berkata, “Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: “Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku. Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa.  Sekiranya mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari (segera).” (HR Bukhari No: 6856) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

1.  Allah bersikap seperti sikap hamba terhadapNya. Jika seseorang mengingati Allah dalam dirinya, berzikir dalam hatinya, dan menganggap Allah sentiasa mengingatinya sama ada ketika dia bersendiri atau bersama orang lain, nescaya Allah akan sentiasa mengingati hambaNya.

2.  Seseorang yang memuji Allah dengan bersyukur, sentiasa berdoa, bertaubat dan menjaga keimanan di khalayak ramai, pasti Allah akan mengingati dan memujinya di khalayak yang lebih baik dan utama.

3.  Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat dan amal sollehnya dengan jarak sejengkal atau sehasta, Allah akan mendekatinya lebih dekat daripada itu. Jika seorang hamba itu mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah akan mendatanginya dengan berlari.

4.  Setiap amalan seseorang yang baik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah akan menggandakan balasan baik kepadanya.

فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ ١٥٢
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku” (Al-Baqarah : 152)

Marilah kita bersama-sama bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikrullah dan ibadat kepadaNya.

Sumber:  1 hari 1 hadis 

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Comments are closed.