Islam Itu Mudah : Pena Hijau
dreamstime_s_200365851
Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT
12 Nov 2020
Amalan solat di masjid
Amalan solat di masjid
13 Nov 2020
dreamstime_s_200365851
Menderma harta: kebaikan kita dan penghargaan Allah SWT
12 Nov 2020
Amalan solat di masjid
Amalan solat di masjid
13 Nov 2020
icon follow us

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Islam Itu Indah, Islam itu syumul dan Islam itu mudah. Alhamdulillah bersyukur sangat mama dilahirkan sebagai seorang Islam. Betapa indahnya agama ini. Islam Itu Mudah

Mama selalu juga follow dan ikuti perkebangan beberapa orang mualaf youtuber. Antara mereka ada yang mama follow sejak mereka mencari-cari tentang Islam seperti Daud Kim & Mr Whaatwa. Indahnya perjalanan mereka dan mama seronok dan sangat terharu melihat mereka memeluk agama Islam. Ada beberapa lagi channel mualaf yang mama follow dan mama memang kagum dengan mereka. Walaupun baru memeluk islam tapi pelbagai perkara dah mereka buat sebagai dakwah. Rasa malu pun ada sebab mama yg dah berpuluh tahun islam ni terasa kerdil sangat. 

Islam Itu Mudah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan bersederhana  serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu. (HR Bukhari No: 38) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:
1.  Islam adalah agama yang mudah dalam pelaksanaan ibadat dan tidak menyusah serta memberatkan penganutnya.

2.  Mudah itu bukan membawa maksud mengambil ringan tetapi melaksanakan mengikut kemampuan seperti solat jika tidak mampu berdiri, boleh dilakukan dengan duduk dan seterusnya.

3.  Barangsiapa menolak rukhsah (kemudahan) dengan memberatkan diri contohnya tetap berpuasa sedangkan ketika itu dia sakit yang jika diteruskan puasa akan menjejaskan kesihatan dan memudaratkan diri.

4.  Buat dan laksanakan ibadat dengan cara yang betul dan bersederhanalah semasa menunaikannya dengan tidak menyeleweng dan melampau serta menyeksa diri. Namun ibadat tersebut tidak dilakukan ala kadar dan sedikit sehingga mengabaikan kewajipan dan kesempurnaannya.

5.  Nilai ibadat bukan dengan sebab banyak, tetapi dari keikhlasan hati dan kesungguhan melaksanakan mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Walaupun dilakukan sedikit tetapi berkekalan sepanjang masa.

6.  Sentiasa meminta pertolongan daripada Allah dalam melakukan ibadat sama ada pagi mahupun petang seperti melalui ibadat solat di waktu subuh, tengahari, petang serta malam

Sumber: 1 Hari 1 Hadis 

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Islam Itu Mudah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more