Ringkasan tentang Wakaf: amalan yang beri pahala berterusan
23 Nov 2020Ego dan pentingkan diri: virus yang mengatasi COVID-19
24 Nov 2020Isteri Urus Sepenuhnya Rumahtangga Dari Pagi Sampai Malam, Jangan Hairan Bila Isteri Mula Berubah. | Isteri juga manusia biasa, menguruskan serba-serbi agar tampak sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mempunyai kerjaya, kemudian menguruskan anak-anak dan rumah tangga bukanlah satu tugas yang mudah dipikul seorang diri.
Pagi sampai malam, rumah tangga diuruskan sepenuhnya isteri, jangan hairan isteri mulai berubah watak. Isteri sudah mula terbeban dan dirinya mula berubah menjadi orang lain kerana sengsara.
Selayaknya seorang suami hulurkan bantuan dan kurangkan bebanan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.
Rupa-rupanya senang untuk suami, sengsara bagi isteri…
Lelaki bila fikir tentang mendirikan rumahtangga, dia akan rasa seronok dan lega sebab selepas kahwin nanti, makan minumnya semua dijaga isteri, bajunya dibasuh, dilipat dan diseterika isteri, rumahnya dikemas isteri…
Dari pagi sampai malam, hidupnya diurus sepenuhnya isteri… Segala-galanya isteri yang buat…
Bila sudah berumah tangga, sudah melalui fasa-fasa semuanya diuruskan isteri, baru dia sedar yang sebenarnya senang untuk dirinya, sengsara untuk isterinya…
Isterinya yang sekarang, bukan lagi seperti perempuan yang dikenalinya sebelum berkahwin dahulu…
Isterinya selalu mengeluh dan merungut, mula sakit-sakit sana sini. Daripada pendiam jadi banyak cakap, dari peramah jadi pendiam, suka marah-marah, sudah kurang senyum, tidak lagi mesra, sudah kurang bergurau dan dah semakin jauh dari dia…
Bila dia fikir balik, bila dia muhasabah dirinya semula, baru dia sedar bahawa dia sudah banyak membebankan isterinya…
Banyak kewajipan yang sepatutnya dilakukan oleh suami, dia letak di bahu isteri…kerja-kerja yang sepatutnya dibantunya, tidak dibantu…
Dia biarkan isterinya buat seorang diri…
Kini, dia ambil alih apa yang sepatutnya dilakukan seorang suami, dia hulurkan bantuan untuk meringankan bebanan isterinya…
Dia tahu yang dia sudah banyak berdosa terhadap isterinya, dia sedar salah silapnya dalam menjadi seorang suami…sejak dia dah berubah, isterinya kini sudah kembali seperti dulu, sama masa dia mula-mula kenal dulu…
Isterinya sudah selalu senyum, selalu ketawa, dah gembira, tak lagi merungut dan mengeluh, jarang sakit-sakit lagi, semakin mesra dan dekat dengannya…
Moral of the story : Untuk kita mencari kebahagiaan dalam rumah tangga, ianya memerlukan kerjasama dan usaha dari kedua-dua belah pihak… Suami dan isteri perlu main peranan masing-masing…
BACA JUGA :: Masalah Rumahtangga Akan Wujud Bila Ada Orang Lain Masuk Campur, Siapakah Mereka?
Sumber : Kataustaz.com