Pemalam Chrome Ini Memudahkan Anda Melihat Perubahan Harga Di Shopee Dan Lazada : Pena Hijau

Pemalam Chrome Ini Memudahkan Anda Melihat Perubahan Harga Di Shopee Dan Lazada

Google Chrome Logo Lama
Bagaimana Kembalikan Penggunaan Ikon Google Yang Lama Pada Chrome?
7 Nov 2020
Berhati Hati
Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu?
21 Nov 2020

Laman edagang seperti Shopee dan Lazada kini telah menjadi salah satu laman yang sering dituju ramai untuk membeli barangan dan menerimanya terus di rumah. Laman ini  juga sering hadir dengan sejumlah diskaun dan promosi bersama para penjual, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.

Apatah lagi dengan jualan promosi seperti 11.11 dan sebagainya yang turut menawarkan diskaun tambahan. Tetapi,tahukah anda sama ada anda mendapat diskaun benar-benar, atau hanya penurunan harga sementara seperti kebiasaan.

Untuk tujuan ini, salah satu laman yang membantu adalah AliPrice. Menariknya, mereka turut menyediakan sebuah pemalam khusus yang memudahkan anda melakukan pemantauan perubahan harga untuk sesuatu produk di Shopee atau Lazada.

Menggunakannya, anda boleh memantau perubahan harga untuk sesuatu produk dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan lepas. Anda boleh turut membuat anggaran, sama ada ia berbaloi untuk dibeli ketika itu, atau terdapat kemungkinan harga barangan akan menurun lebih daripada itu.

Secara tidak langsung, anda turut boleh melihat sama ada sesuatu diskaun itu diberikan penjual hampir setiap minggu, atau ketika acara seperti jualan 11.11 atau sebaliknya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran pemalam Chrome untuk AliPrice ini untuk Shopee dan Lazada.

Muat-Turun AliPrice untuk Shopee di Chrome

Muat-Turun AliPrice untuk Lazada di Chrome

Sumber : Amanz.my

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ